[BULETIN] PAT RICE DIMASUKAN KE HOSPITAL KERANA KANSER

Pat-Rice-julang-Piala-FA-1971Lagenda Arsenal, Pat Rice telah dimasukan ke hospital kerana menderita penyakit kanser namun keadaannya dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan intensif di hospital. Bekas pertahanan tengah Ireland berusia 64 tahun itu yang menghabiskan karier selama 44 tahun bersama The Gunners sebagai pemain, jurulatih skuad remaja dan penolong pengurus sebelum mengumumkan persaraan pada Mei tahun lalu.

Pat Rice atau nama sebenarnya Patrick James Rice dilahirkan di Belfast, Ireland pada 17 Mac 1949 namun dibesarkan di London. Beliau mula menyertai Arsenal selaku perantis pada tahun 1964 sebelum menandatangani kontrak professional pada tahun 1966 ketika berusia 17 tahun. Pat Rice mendapat debut dalam skuad utama The Gunners ketika menentang Burnley dalam saingan Piala Liga pada 5 Disember 1967.

Pertahanan tengah Ireland itu telah beraksi lebih 500 penampilan dan menjaringkan 13 gol sepanjang bersama Arsenal dengan membantu menjulang kejuaraan berganda pada 1970/71. Pat Rice dilantik selaku kapten Arsenal pada tahun 1977 dan berjaya menjulang kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Man United pada tahun 1979. Pat Rice kemudiannya meninggalkan The Gunners pada tahun 1980 untuk menyertai Watford.

Pat-Rice-Arsenal-Training-SessionBagai sirih pulang ke gagang, Pat Rice kembali menyertai kem kejurulatihan Arsenal pada 1984 selama 12 tahun dengan menjulang 2 kejuaraan Piala FA Remaja pada 1988 dan 1994. Hasil sentuhannya berjaya melahirkan ramai pemain muda berbakat Arsenal antaranya Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Ashley Cole dan ramai lagi. Beliau terus diberi peranan yang lebih penting selaku dan penolong pengurus Arsenal sejak kehadiran Arsene Wenger pada Oktober 1996.

Selaku penolong pengurus Arsenal, Pat Rice berjaya menjulang 9 kejuaraan utama termasuk dua kejuaraan berganda pada 1998 dan 2002. Lantaran sumbangan besarnya dalam bola sepak di England, Pat Rice telah diberi penghormatan menerima pingat MBE (Member Order of British Empire) pada awal tahun ini. Menurut jurucakap Arsenal, semua pihak mendoakan kesihatan lagenda Arsenal berusia 64 tahun itu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply