[BULETIN] HECTOR BELLERIN SAH SERTAI WATFORD

Arsenal U19 v PFC CSKA U19 - NextGen Series Quarter FinalPertahanan muda Arsenal, Hector Bellerin sah menyertai kelab Liga Kejuaraan, Watford secara pinjaman sehingga 2 Januari 2014. Pemain muda Sepanyol berusia 18 tahun itu bakal mendapat pengalaman berguna sebelum diserapkan ke dalam skuad utama The Gunners. Terdahulu, Bellerin telah mendapat debut dalam skuad utama Arsenal dalam saingan Piala Capital One ketika menentang West Brom Albion pada 25 September lalu.

Anak kelahiran Barcelona ini memulakan karier awal bersama akademi La Masia sebelum menyertai Arsenal pada musim panas 2011. Bek kanan muda Sepanyol ini menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada musim panas 2012 dan merupakan sebahagian daripada skuad remaja Sepanyol B-17 dan B-19. Buat Hector Bellerin, selamat maju jaya di bawah bimbingan Gianfranco Zola.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply