[BULETIN] GENNARO GATTUSO JALIN KERJASAMA DENGAN ARSENAL

Gennaro-Gattuso-Italian-AC-MilanBekas tonggak Itali, Gennaro Gattuso dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama bersama Arsenal di London Colney. Bekas pemain AC Milan yang terkenal dengan sifat panas baran dan corak permainan yang aggresif itu merupakan salah seorang pemain defensive midfielder terbaik di dunia suatu ketika dahulu. Gattuso yang kini berusia 35 tahun itu bersara sepenuhnya selaku pemain bola sepak professional dan mula menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan bola sepak.

Lantaran itu, Gattuso berharap dapat mengutip beberapa tips-tips berharga dalam bidang kejurulatihan daripada pengurus The Gunners, Arsene Wenger sepanjang kerjasamanya bersama Arsenal. Bekas pemain tengah AC Milan itu pernah membimbing kelab Switzerland, FC Sion dan kelab Serie B, Palermo. Namun tugasannya selaku pengurus Palermo ditamatkan pada 25 September lalu selepas hanya meraih 2 mata daripada 6 perlawanan.

Bekas pemain tengah Itali itu mendedahkannya kepada majalah bola sepak Perancis, So Foot dengan berkata ; “Saya akan melakukan satu kerjasama mini di Real Madrid, Arsenal dan Borussia Dortmund dan juga turut mengadakan pertemuan dengan Marc Wilmots (pengurus skuad kebangsaan Belgium).

Gennaro Gattuso menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama AC Milan dengan beraksi dalam 468 perlawanan sepanjang 13 musim di San Siro. Permain tengah kental itu juga berjaya meraih beberapa kejuaraan sepanjang kariernya termasuk 2 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, 2 kejuaraan Seria A, 2 kejuaraan Piala Super Eropah, satu kejuaraan Piala Kelab-Kelab Dunia dan 2 Super Copa Italia serta Piala Dunia 2006 bersama Itali.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply