[BULETIN] BAJU KONTROVERSI MATHIEU FLAMINI DILELONG

Mathieu-Flamini-vs-Man-United-November-2013Tindakan Mathieu Flamini yang mengunting lengan panjang jersinya ketika perlawanan menentang Manchester United dan Marseille telah mengundang kontroversi di kem The Gunners. Tindakan pemain tengah Perancis itu yang memotong lengan jersi kerana lebih selesa memakai jersi lengan pendek telah melanggar tradisi kelab sejak zaman berzaman lagi. Namun siapa menyangka bahawa jersi milik Flamini itu kini sangat diminati oleh para pembeli.

Di Arsenal, secara tradisinya setiap pemain-pemain akan memakai jersi yang sama dengan kapten pasukan. Namun situasi itu tidak berlaku kepada Mathieu Flamini ketika perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford pada 10 November lalu di mana Flamini telah mengunting lengan panjang jersinya ketika rakan-rakan sepasukannya memakai jersi lengan panjang.

Tindakan Flamini itu telah mengundang kemarahan staf bahagian kelengkapan pasukan, Vic Akers yang menganggap tindakan Flamini itu telah melanggar tradisi kelab. Apatah lagi jersi-jersi tersebut akan dikumpul dan dilelong untuk badan-badan amal. Namun, Flamini tetap dengan keputusannya dan mengulangi tindakannya ketika perlawanan menentang Marseille kelmarin.

Mathieu-Flamini-cut-his-shirt-sleevesLantaran itu, pengurus pasukan Arsene Wenger melahirkan rasa tidak senangnya terhadap tindakan pemain tengah berusia 29 tahun itu. Para-para pemain juga sependapat dengan Arsene Wenger dan berharap agar Flamini tidak mengulangi tindakannya lagi. Malah rakan-rakan sepasukan di Arsenal menyarankan agar Flamini mengulung lengan jersinya jika tidak suka memakai lengan panjang.

Jersi-jersi pemain Arsenal ketika perlawanan menentang Manchester United kini dilelong dalam laman jualbeli eBay. Menariknya, jersi milik Flamini itu berjaya mengatasi bidaan untuk jersi pemain-pemain lain seperti Wilshere, Ozil dan Cazorla yang kini berada pada harga £2000. Namun, angka itu masih ketinggalan kepada bidaan yang dibuat untuk jersi Aaron Ramsey yang kini mencecah harga £10,100.

Incoming search terms:

  • buletin manchester united
This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply