[BULETIN] AARON RAMSEY PEMAIN TERBAIK BULAN OKTOBER

Aaron-Ramsey-v-Sunderland-2012Kecemerlangan Aaron Ramsey berterusan sepanjang bulan Oktober lalu sekaligus dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan Oktober. Pencapaian ini merupakan yang ke-4 berturut-turut yang diterima oleh pemain tengah berusia 22 tahun itu sejak April lalu. Pemain kelahiran Cardiff, Wales itu kini muncul selaku penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan 11 gol dalam 16 perlawanan setakat ini.

Ramsey memulakan aksi bulan Oktober dengan menghasilkan satu assist buat Mesut Ozil ketika membantu Arsenal menewaskan Napoli 2-0 di Stadium Emirates. Pemain berusia 22 tahun itu kemudiannya meledak satu gol dan menghasilkan assist ketika The Gunners membelasah Norwich City 4-1 pada 19 Oktober lalu. Ramsey terus cemerlang mencipta astu lagi assist untuk Giroud ketika menentang Crystal Palace hujung bulan lalu.

Ozil celebrate goal vs Norwich City 2013Tonggak kebangsaan Wales itu menerita tentangan sengit daripada Mesut Ozil dan Olivier Giroud. Aaron Ramsey menerima 26.8% undian diikuti Mesut Ozil dengan 24% undian. Manakala penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud di tempat ketiga dengan memperolehi 21% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh laman rasmi Arsenal.com.

Sementara itu, jaringan cantik Jack Wilshere ketika menentang Norwich City pada 19 Oktober lalu telah dipilih sebagai Gol Terbaik Arsenal bagi bulan Oktober. Jaringan tersebut bermula dari gerakan satu dua dengan Santi Cazorla dan Olivier Giroud yang memperdaya benteng Norwich sebelum Wilshere melepas satu sepakan leret menewaskan John Rudy. Gol Wilshere itu menerima 76% undian mengatasi jaringan Ozil (vs Napoli) dan Ramsey (vs Norwich City).

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply