[BERITA] TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA DATUK K. RAJAGOPAL

datuk-k-rajagopal-jurulatih-bola-sepak-malaysiaTeka-teki mengenai masa depan Datuk K. Rajagopal berakhir apabila kontraknya bersama Harimau Malaya yang akan tamat pada 31 Disember ini tidak disambung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Keputusan yang dicapai menerusi Mesyuarat Exco FAM dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah itu menyaksikan jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara skuad senior sementara mereka mendapat jurulatih baru.

Keputusan ini sudah dijangka lantaran pengendali berusia 57 tahun itu gagal mencapai misi untuk merebut dua slot automatik Kumpulan D ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selain prestasi kurang memberangsangkan sepanjang tahun ini apabila Harimau Malaya hanya menang dua daripada 19 perlawanan. Kekalahan 1-0 kepada Bahrain dan Qatar secara matematiknya menutup peluang Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.

malaysia-juara-piala-aff-suzuki-2010Meskipun begitu, Datuk K. Rajagopal boleh dianggap antara jurulatih tempatan paling berjaya apabila membantu negara menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas bola sepak pada Sukan SEA Laos 2009 serta muncul juara Piala AFF 2010 buat pertama kali dalam sejaran bola sepak negara. Prestasi Harimau Malaya jugak dilihat semakin berkembang sejak berada di bawah bimbingan jurulatih berusia 57 tahun ini meskipun gagal untuk memperbaik ranking FIFA.

Namun pendekatannya yang suka melakukan eksperimen serta dasar pilih kasih dengan menggunakan pemain yang sama mengundang rasa kurang senang pemerhati dan peminat bola sepak tanah air. Sementara itu, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bagaimanapun hanya menyatakan keputusan FAM itu dibuat kerana mahu memberi peluang kepada jurulatih baru untuk membimbing Harimau Malaya dan memperbaiki prestasi di peringkat antarabangsa.

Selain jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, antara nama yang hangat diperkatakan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk K. Rajagopal itu adalah bekas jurulatih Jepun, Phillippe Troussier, bekas kapten skuad juara Piala Dunia 1998 Perancis, Marcel Desailly, bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic serta jurulatih Pahang yang dikaitkan perpindahan ke PDRM, Dollah Salleh.

Buat Datuk K. Rajagopal, terima kasih atas sumbangan anda dan selamat maju jaya….

Incoming search terms:

  • bekas juru latih bola sepak malaysia
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply