[ANALISIS] MATHIEU FLAMINI VS MIKEL ARTETA

Mathieu-Flamini-vs-Napoli-2013Kepulangan semula Mathieu Flamini menjelang perlawanan penting saingan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United pastinya melegakan sang pengurus, Arsene Wenger. Namun, pengurus kelahiran Perancis itu pastinya berdepan dilema untuk mempertaruhkan barisan terbaik menentang Red Devil malam ini dengan Mikel Arteta kini cergas sepenuhnya dan berada di tahap terbaik. Sememangnya tidak dinafikan bahawa Arteta dan Flamini merupakan kunci utama barisan tengah Arsenal musim ini.

Di sebalik prestasi mantap yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey dan Mesut Ozil ketika ini, pengaruh yang dimainkan oleh Mikel Arteta dan Mathieu Flamini turut menjadi tonggak kejayaan Arsenal musim ini dengan gah mengungguli persada liga dengan 25 mata selepas 10 perlawanan, lima mata mengatasi pencabar terdekat, Liverpool, Chelsea dan Spurs. Skuad bimbingan Arsene Wenger turut berada di kedudukan teratas kumpulan F saingan Liga Juara-Juara Eropah mengatasi Napoli, Borussia Dortmund dan Marseille.

Mathieu-Flamini vs Swansea City 2013Mathieu Flamini melengkapkan kepulangan semula ke Stadium Emirates pada jendela perpindahan musim panas lalu selepas 5 tahun meninggalkan Arsenal. Pemain tengah Perancis berusia 29 tahun itu menyertai The Gunners secara percuma pada hujung Ogos lalu sekaligus memberi kepelbagaian kepada barisan tengah Arsenal yang sedikit pincang selepas pemergian Alex Song ke Barcelona pada Ogos 2012.

Sementara itu, pemain tengah kelahiran Sepanyol, Mikel Arteta pula dibawa masuk pada 31 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta dari Everton bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cesc Fabregas. Meskipun memiliki kualiti dan corak permainan yang berbeza dengan Fabregas, namun Arteta sedikit sebanyak berjaya mengimbangi pengaruh yang ditinggalkan oleh bekas kapten Arsenal sepanjang dua musim beraksi di Stadium Emirates.

Masalah kecederaan sering menjadi penghalang untuk Arsene Wenger mengandingkan kedua-dua defensive midfielder ini. Mathieu Flamini memulakan debut musim ini apabila masuk mengantikan Wilshere ketika Arsenal menentang Spurs pada 1 September lalu sebelum melakukan penampilan penuh ketika menentang Sunderland pada 14 September 2013. Sementara itu, Arteta terpaksa disisihkan pada awal saingan musim ini selepas mengalami kecederaan paha pada 12 Ogos 2013.

Mikel-Arteta-Arsenal-2013Buat pertama kali Arteta dan Flamini digandingan di bahagian tengah Arsenal ketika menundukan Napoli 2-0 di Stadium Emirates dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada 1 Oktober lalu. Kehadian kedua-dua pemain itu jelas mmberikan impak yang berbeza kepada penguasaan di bahagian tengah menyaksikan Arsenal menguasai 63% kawalan bola dengan hanya membenarkan Napoli melepaskan satu percubaan tepat ke gawang The Gunners.

Dari segi kualiti, Arsenal memiliki dua deep lying-playmaker terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dengan Arteta berjaya melakukan 94% hantaran sempurna manakala Flamini pula menghasilkan 93% hantaran sempurna. Kedua-dua pemain ini berjaya mengatasi Yaya Toure (Man City) yang melakukan 91% hantaran sempurna diikuti Marouane Fellaini (Man United) yang mencatatkan 90% hantaran sempurna manakala Lucas Leiva (Liverpool) pula menghasilkan 89% hantaran sempurna.

Kedua-dua tonggak The Gunners ini juga tampil selaku antara gandingan yang cukup efektif di atas padang dengan Flamini cemerlang menghasilkan 93% hantaran sempurna manakala Arteta pula sekadar melakukan 87% hantaran sempurna di kawasan final third. Arteta dan Flamini berjaya mengatasi Lucas Leiva (Liverpool) yang menghasilkan 85% hantaran sempurna manakala Marouane Fellaini melakukan 81% hantaran sempurna sementara Yaya Toure (Man City) mencipta 80% hantaran sempurna di kawasan final third.

statictics best defensive midfielder 2013Mikel Arteta merupakan seorang pemain yang penuh taktikal. Kehadirannya banyak membantu pergerakan di bahagian tengah Arsenal dengan keupayaan melakukan hantaran-hantaran tepat dan kawalan bola yang baik. Pemain berusia 33 tahun itu bukan sahaja mampu mengimbangi tempo perlawanan tetapi mencipta ancaman menerusi hantaran-hantarannya ke kawasan penalti lawan.

Sementara itu, Mathieu Flamini pula seorang pemain yang memiliki corak permainan yang keras dengan gemar melakukan terjahan keras terhadap pemain-pemain lawan. Walaupun pemain tengah Perancis memiliki rekod disiplin yang teruk namun kehadirannya mampu memberi kelebihan kepada Arsenal dalam bertahan. Flamini juga memiliki naluri seorang pemimpin semulajadi dengan dengan gemar memberi arahan kepada rakan-rakan sepasukannya semasa perlawanan.

Mikel Arteta dan Mathieu Flamini sangat penting kepada Arsenal dalam menyerap asakan dan menyekat kreativiti pasukan lawan. Dengan Arteta bertindak selaku deep lying playmaker manakala Flamini pula berperanan selaku box-to-box midfielder sememangnya merupakan tonggak kepada bahagian tengah Arsenal musim gandingan mantap ini dilihat mampu memacu The Gunners utk memburu kejuaraa musim ini sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply