[SERIA A] MALDINI JR. BERLATIH BERSAMA SKUAD UTAMA AC MILAN

Christian-Maldini-AC-Milan-2013Setelah sekian lama tidak disarung oleh mana-mana pemain, akhirnya jersi no.3 AC Milan bakal mendapat pemilik baru. Jersi milik Paolo Maldini telah disimpan oleh The Rossoneri sejak pertahanan lagenda itu bersama pada 31 Mei 2009 dan bakal diserahkan kepada salah seorang anaknya. Paolo Maldini telah menghabiskan sepanjang kariernya selaku pemain bola sepak professional bersama AC Milan dengan menjulang 7 kejuaraan Serie A, 5 kejuaraan Eropah, 5 kejuaraa Super Coppa Italia, 5 kejuaraan Piala Super UEFA, 2 kejuaraan Piala Antarabenua dan 1 kejuaran Piala kelab Dunia.

Pada awal Oktober lalu, salah seorang anak Paolo Maldini, Christian sudah mula menjalani latihan bersama skuad utama AC Milan.

Christian Maldini yang baru menjangkau usia 17 tahun itu diberi penghormataan untuk berlatih bersama-sama pemain-pemain utama The Rossoneri sementara adiknya, Daniel yang berusia 12 tahun pula diserap ke dalam akademi AC Milan.

Christian merupakan antara sebahagian pemain Primavera yang diberi peluang untuk menyertai sesi latihan bersama Massimiliano Allergi pada 4 Oktober lalu.

Meskipun begitu, pengurus The Rossoneri itu tidak mahu terburu-buru untuk menyenaraikan Maldini Jr. lantaran pemain berusia 17 tahun  masih belum mendapat tempat secara kerap dalam skuad remaja AC Milan dibawah kendalian Filippo Inzaghi. Dan jika Christian yang beraksi di posisi pertahanan tengah itu berjaya menyarung jersi utama Milan, dia menjadi generasi ke-4 yang bakal beraksi bersama-sama The Rossoneri.

This entry was posted in Seria A and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply