[PERSPEKTIF] VERMAELEN MAHU TERUS BERSAING DI ARSENAL

Thomas Vermaelen 132457Meskipun disisihkan dari kesebelasan utama namun kapten Arsenal, Thomas Vermaelen menyatakan kesediaannya untuk terus bersama The Gunners. Pertahanan berusia 27 tahun diketepikan dari skuad utama The Gunners pada pra-musim dan saingan liga awal musim ini kerana kecederaan belakang yang dialaminya. Gandingan mantap Mertesacker-Koscielny menyaksikan pertahanan antarabangsa Belgium itu tidak lagi menjadi pilihan Arsene Wenger.

Lantaran itu, terdapat khabar angin yang mengaitkan Vermaelen dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates bagi mengukuhkan kedudukannya dalam skuad utama Belgium ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Dua kelab gergasi Itali, Juventus dan Napoli dilaporkan berminat untuk mendapat khidmat Thomas Vermaelen. Namun, kapten Arsenal itu menafikan khabar angin itu namun tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

“Sudah tentu saya mahu bermain setiap perlawanan tetapi persaingan di sini sangat hebat terutama apabila semua pemain bebas dari masalah kecederaan,” komen Vermaelen menerusi laman rasmi Arsenal.com.

thomas-vermaelen-and-arsene-wenger“Terdapat lebih 60 perlawanan musim ini, jadi saya akan mendapat peluang bermain nanti. Saya telah bercakap dengan pengurus mengenai perkara ini – ia akan berubah sekelip mata.”

“Saya mengalaminya musim lalu apabila Per (Mertesacker) dilayangkan kad merah dan saya perlu sedia untuk beraksi dan bermain pada perlawanan berikutnya. Ia berubah cukup pantas.”

“Sudah tentu saya sangat kecewa ketika ini (berada di bangku simpanan) tetapi saya gembira berada dalam pasukan ini.”

“Saya cuma harus bersabar. Saya cukup bagus ketika sesi latihan dan saya sudah pulih daripada kecederaan. Saya berda dalam keadaan yang cukup baik dan sentiasa bersedia bila-bila masa diperlukan oleh pengurus,” kata pemain antarabangsa Belgium berusia 27 tahun itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply