[PERSPEKTIF] SZCZESNY MENGINGATKAN SAYA KEPADA LEHMANN – WENGER

wojciech-szczesny-returns-from-injuryArsene Wenger mengakui perjalanan dan perjuangan penjaga gol muda Arsenal, Wojciech Szczesny untuk mendapat kembali tempat dalam kesebelasan utama mengingatkan kepada penjaga gol lagenda Arsenal, Jens Lehmann. Penjaga gol kelahiran Poland berusia 23 tahun itu bersedia disisihkan dari skuad utama dan rela berada di bangku simpanan bagi separuh musim lalu selepas gagal menampilkan aksi yang kurang memberansangkan.

Posisi Szczesny selaku penjaga gol no.1 Arsenal telah digantikan oleh rakan senegaranya, Lukasz Fabianski. Wenger percaya bahawa itu merupakan salah satu faktor yang membantu peningkatan prestasi Szczesny mengawang gawang The Gunners musim ini. Meskipun penjaga gol no.1 Arsenal mengalami prestasi yang pasang surut namun Wenger menegaskan dirinya tidak pernah meragui kualiti yang dimiliki oleh Wojciech Szczesny.

“Dia (Szczesny) mengingatkan saya kepada (Jens) Lehmann,” kata Wenger baru-baru ini.

“Ketika saya menggugurkan Lehmann, dia kemudian berkata kepada saya, ‘Saya akan membuatkan kamu menurunkan saya kembali. Wojciech tidak berkata perkara yang sama namun dia kembali dengan mempamerkan persembahan yang mantap.”

Arsene Wenger with Wojciech SzczesnyNamun, tindakan Wenger menggugurkan Szczesny itu telah mendapat kecaman daripada ayahnya yang juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan poland, Maciej Szczesny. Menurut ayahnya, penurunan prestasi Wojciech disebabkan oleh tindakan Wenger yang memaksa anaknya terus bermain meskipun masih tercedera. Namun, pengurus Arsenal berbangsa Perancis itu mempunyai alasan tersendiri menagih khidmat Wojciech Szczesny.

“Ayahnya (Maciej) tidak menerima keputusan saya dan saya tidak terkejut. Ini merupakan satu kelebihan jika seorang ayah melakukan pekerjaan yang sama dengan anaknya.”

“Tetapi kekurangannya adalah dia tidak semestinya objektif dalam penilaiannya. Saya rasa itu satu petanda mengapa Wojciech digugurkan dari skuad tahun lalu.”

‘Saya sentiasa menyakinkan bahawa Szczesny mampu melakukan tugasannya dengan baik. Malah, saya menilainya lebih bagus daripada Fabianski,” kata pengurus berbangsa Perancis itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply