[PERSPEKTIF] SAYA BERJAYA ATASI TEKANAN VAN PERSIE – GIROUD

Olivier-Giroud-want-to-be-top-scorerOlivier Giroud mengakui keyakinan dirinya semakin memuncak selepas berjaya mengatasi ‘Sindrom Robin van Persie‘. Penyerang antarabangsa Perancis itu dibawa masuk dua bulan sebelum bekas penyerang prolifik The Gunners, Robin van Persie menyertai Manchester United pada 18 Ogos 2012. Dengan rekod 30 gol bagi saingan musim 2012/13 bersama Arsenal, Giroud mengakui dirinya tertekan dengan peranan selaku pengempur utama The Gunners.

Penyerang berusia 27 tahun itu merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 musim 2012/13 dengan meledak 21 gol dalam 36 perlawanan sekaligus membantu Monpellier menjulang kejuaraan liga. Hakikat ini diakui oleh Giroud sendiri kepada wartawan ketika ditanya mengenai musim pertamanya bersama Arsenal. Penyerang antarabangsa Perancis itu mengakui dirinya dihimpit tekanan yang ditinggalkan oleh prestasi mantap Robin van Persie bersama Arsenal.

“Ketika saya tiba (di Arsenal) musim lalu, tanpa disedari terlalu banyak tekanan yang saya alami sendiri. Mungkin lebih banyak yang dialami oleh (Robin van Persie) atau mungkin kerana terlalu ramai orany yang melihat saya sebagai penganti van Persie,” kata Giroud baru-baru ini.

“Saya cuba untuk tidak terpengaruh dengan perkara itu namun ia tetap mempengaruhi permainan saya.”

olivier-giroud-header-goal-vs-fulham-2012Musim lalu, Giroud selaku pengempur utama Arsenal hanya berjaya menjaringkan 11 gol daripada 34 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Namun sebaliknya musim ini, penyerang kelahiran Chambery, Perancis itu berjay menjaringkan 4 gol daripada 6 penampilan dalam liga musim ini sekaligus membantu Arsenal menduduki tahta Liga Perdana Inggeris dengan 15 mata. Usaha keras dan keserasian Giroud bersama pemain pula kian terserlah sekaligus memberi sumber kekuatan buat The Gunners.

“Awal musim lalu, saya berada dalam keadaan yang tidak baik dan membuat keputusan yang salah. Saya berasa kaku ketika berada di depan gawang (lawan).”

“Seiring dengan penampilan dan persembahan saya saingan, saya mula bermain dengan lebih mudah. Saya mengatakan bahawa saya senang dengan apa yang saya raih tahun lalu dan saya gembira dengan permulaan saya musim ini,” kata Giroud lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply