[PERSPEKTIF] MESUT OZIL MIRIP BERGKAMP – IAN WRIGHT

mesut ozil best footballerKetibaan Mesut Ozil jelas berjaya memberi impak segera kepada skuad bimbingan Arsene Wenger. Playmaker Jerman itu telah melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta. Persembahan mantap Ozil berjaya membantu Arsenal mengungguli tahta Liga Perdana Inggeris serta kumpulan F dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah setakat.

Para pemain dan pengurusan Arsenal serta penyokong-penyokong setia menyambut gembira ketibaan Mesut Ozil sekaligus menghembus harapan baru untuk The Gunners menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Hakikat itu turut disuarakan oleh penyerang lagenda Arsenal, Ian Wright berpendapat bahawa ketibaan Mesut Ozil bakal memberi pengaruh yang sama seperti perpindahan Dennis Bergkamp pada tahun 1995.

“Tiada keraguan, mereka (Arsenal) bakal memenangi kejuaraan musim ini. Jika mereka brjaya mengekalkan masalah kecederaan seminimum mungkin dan mengekal semangat serta tenaga daripada Ozil untuk kelab, mereka mampu melakukannya,” kata Wright kepada Goal.com baru-baru ini.

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013“Situasi ini mirip perpindahan (Dennis) Bergkamp yang menyertai Arsenal. Kita berbicara mengenai dua pemain yang berkelas dunia. Dennis seorang pemain yang sangat professional dan ketika dia bermain (bersama Arsenal), prestasi saya turut meningkat 40-50% kerana kualitinya setiap perlawanan.”

“Itu yang sedang berlaku dengan ketibaan Ozil di Arsenal. Apabila mereka berlatih, permainan mereka semakin meningkat kerana mereka mendapat tahap sebenar. Itu bakal memberikan mereka lebih keyakinan dalam permainan.”

“Ozil seorang pemain yang genius, dia pemain yang diperlukan sejak beberapa tahun lalu. Dia memberi dorongan kepada skuad tetapi saya rasa Arsenal memerlukan gandingan mantap. Jika sesuat berlaku kepada Giroud, mereka bakal menghadapi masalah kerana persembahannya ketika cukup luar biasa,” kata bekas penyerang prolifik Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply