[PERSPEKTIF] KINI SAYA SEORANG PEMAIN YANG BERBEZA – BENDTNER

Nicklas Bendtner vs West Brom 2013Nicklas Bendtner mengakui kelahiran anaknya memberi impak besar kepada kehidupannya. Penyerang antarabangsa Denmark itu menghabiskan dua musim pinjaman bersama Juventus dan Sunderland sebelum kembali ke pangkuan Arsenal musim ini. Penyerang berusia 25 tahun itu kini mengakui dirinya merupakan seorang yang berbeza semenjak menjadi seorang bapa serta pengalaman beraksi bersama kelab luar memberi kematangan kepada dirinya.

“Pertama sekali, kelahiran anak banyak mengubah saya. Saya rasa ramai orang akan berubah apabila mempunyai anak tetapi saya benar-benar merasai perubahan besar dalam kehidupan saya,” kata Bendtner kepada Arsenal Player baru-baru ini.

“(Selain itu), beraksi bersama kelab luar juga banyak memberi perubahan kepada saya dari pelbagai aspek di mana saya berjaya mengatasi masalah seperti itu. Saya rasa ini memberi lebih makna selaku seorang pemain.”

“Saya cuba untuk melakukan yang terbaik (bersama Arsenal) dan secara asasnya semua yang saya lakukan untuk keluarga dan kawan-kawan saya di sini.””Saya rasa semua pemain bola sepak mahu melakukan yang terbaik selagi mereka mampu untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Itu sebenarnya yang mencerminkan diri anda.”

“Saya rasa semua pemain mahu menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia. Saya rasa ini merupakan kenyataan normal bagi semua orang , jadi saya juga mahu penjadi pemain bola sepak terbaik di dunia.”

“Saya tidak pasti bagaimana ini bole terjadi. Saya masih mendengar dan terus memerhatikannya. Jika semua orang percaya, ianya bakal menjadi kenyataan,” kata Bendtner lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply