[PERSPEKTIF] JUARA EROPAH PELENGKAP KARIER ARSENE WENGER

Arsene-Wenger-champion-league-interviewArsene Wenger menegaskan bahawa skuad bimbingannya kini cukup serius dalam usaha untuk mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Pengurus berusia 63 tahun itu turut melaungkan keyakinan bahawa Arsenal tidak menghadapi masalah untuk melepasi saingan kumpulan F yang dilabel sebagai kumpulan maut. The Gunners kini mengumpul 6 mata selepas 2 perlawanan sekaligus memimpin kumpulan F yang turut dihuni oleh Marseille, Napoli dan Borrusia Dortmund.

Kemasukan Mesut Ozil dan Mathieu Flamini menjadi tonik terbaik kebangkitan Arsenal musim ini. Meskipun telah dipilih selaku pengurus bola sepak terbaik dekad lalu (2001-2010) namun Wenger mengakui kariernya tidak lengkap jika tidak menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah. Peluang terbaik Wenger menjulang kejuaraan ialah pada musim 2005/06 sebelum dikecewakan oleh Barcelona dalam perlawanan akhir di Stade de France, Paris.

“Itu merupakan gelaran yang sukar (Liga Juara-Juara Eropah) untuk saya perolehi di mana saya akan terus berjuang sepenuh jiwa untuk melengkapkan CV (resume) saya,” kata Wenger selepas Arsenal berjaya menewaskan Napoli 2-0 baru-baru ini.

Laurent-Kosciely-vs-Arjen-Robben-2013“Tetapi kami harus beraksi menentang Barcelona, Bayern Munich, Real Madrid – setiap tahun di mana kami mempunyai peluang.”

“Anda sentiasa berfikir ‘ Ayuh, lakukannya’ setiap tahun dan tahu berikutnya akan datang kepada kamu. Jadi, saya berharap tahun ini (menjadi kenyataan). Namun, persaingan semakin hebat daripada sebelum ini.”

“Jika kami berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan, saya boleh katakan bahawa saya mempunyai peluang (menjulang kejuaraan) – tetapi pemain-pemain harus membuktikan kekuatn sebenar kami.”

“Sukar untuk diramal kerana selepas peringkat kumpulan dan ini merupakan sebuah kejohanan di mana harus bersedia menghadapi lawan sama ada dengan skuad yang cergas atau tidak. Kami harus merancangnya,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply