[PERSPEKTIF] FLAMINI PEMAIN PENTING BAGI ARSENAL – PARLOUR

Mathieu-Flamini-vs-Napoli-2013Lagenda Arsenal, Ray Parlour mengalu-alukan ketibaan Mathieu Flamini yang memainkan peranan penting di bahagian midfielder Arsenal musim ini sekaligus membantu The Gunners bangkit dari prestasi hambar pada perlawanan pembukaan untuk gah menakluk persada Liga Perdana Inggeris ketika ini. Pemain berusia 28 tahun itu melengkapkan kepulangan semula ke Stadium Emirates pada penghujung Ogos lalu sejak meninggalkan Arsenal pada 5 Mei 2008.

Namun, kecederaan groin yang dialami oleh Flamini menyaksikan pemain tengah Perancis itu bakal disisihkan untuk tempoh 3 minggu sekaligus terlepas beberapa perlawanan penting termasuk pertemuan menentang Liverpool, Manchester United dan Borussia Dortmund. Parlour mengakui bahawa kehadiran Flamini berjaya meningkatkan mutu permainan dan melindungi barisan pertahanan The Gunners.

“(Mathieu) Flamini seorang pemain yang sangat penting (bagi Arsenal),” kata Parlour kepada Arsenal Player.

“Sejak beberapa musim lalu, Arsenal memiliki bahagian serangan yang hebat tetapi mereka sering kehilangan bola di mana bahagian midfielder sangat terbuka. Pasukan yang bagus akan mengambil kesempatan itu.”

“Dia (Flamini) sentiasa berada di kawasan (Arsenal) di mana mereka kehilangan bola dan dia sentiasa akan cuba untuk mendapatkannya kembali. Dia menggerakan dengan pantas kepada Jack Wilshere dan Mesut Ozil untuk melakukan sesuatu.”

Mathieu-Flamini vs Swansea City 2013“Dia telah melakukan dengan baik sebelum dia meninggalkan (Arsenal). Kini, dia melakukan perkara yang sama dan dia merupakan seorang pemain yang penting di mana anda boleh melihat bagaimana (Per) Mertesacker dan (Laurent) Koscielny benar-benar selesa kerana mereka memiliki Flamini di hadapan.

“Dia telah melakukan tugas yang baik ketika bertahan kerana dalam kebanyakan masa mereka agak terbuka lantaran memiliki ramai pemain yang menyerang.”

“Apa yang saya suka mengenainya ialah dia menjadi ketua kepada beberapa pemain dan anda sememangnya memerlukan pemain seperti itu.”

“Kami memiliki Patrick Vieira yang melakukannya ketika saya bermian dan saya juga melakukannya, memberitahu pemain lain untuk kembali ke posisi masing-masing.”

“Saya rasa Flamini merupakan seorang pemain yang benar-benar bagus dalam permainan terutama ketika menghadapi pasukan-pasukan besar kerana dia seorang pemain yang berpengalaman,” kata Parlour lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply