[PERSPEKTIF] ARSENAL MILIKI RAMUAN MENJADI JUARA – PETIT

Emmanuel Petit Arsenal 1998Emmanuel Petit melaungkan keyakinan bahawa Arsenal kini sedang memasuki era baru yang lebih menyakinkan serta memiliki cukup ramuan untuk bergelar juara. Ketibaan dua pemain berpengalaman, Mesut Ozil dan Mathieu Flamini pada jendela perpindahan musim panas lalu bakal menjadi pelengkap kepada skuad bimbingan Arsene Wenger. The Gunners kini gah mendominasi persada Liga Perdana Inggeris dan Kumpulan F saingan Liga Juara-Juara Eropah setakat ini.

“Terdapat ramai pihak yang tidak yakin dengan kemampuan Arsenal selepas tewas kepada Aston Villa pada perlawanan pembukaan liga (tempoh hari),” kata Petit baru-baru ini

“Tetapi mereka kembali pulih dan beraksi baik selepas dan itu dan ketibaan (Mesut) Ozil sememangnya mengagumkan. Ketibaan dia memerlukan banyak wang tetapi dia merupakan pembelian terbaik pada jendela perpindahan (musim panas lalu). Dan (Mathieu) Flamini pula memberikan kembali sesuatu yang hilang dalam skuad sebelum ini.”

“Mereka (Arsenal) bakal menhadapai ujian sebenar pada hujung bulan ini dalam saingan liga. Mereka masih belum menentang Chelsea, Manchester City, Liverpool dan Manchester United selepas rehat perlawanan antarabangsa.”

“Dan sememangnya sukar untuk mengekalkan momentum yang sama selepas rehat aksi antarabangsa nanti. Namun setakat ini, mereka beraksi cemerlang – perlawanan bola sepak yang menarik untuk disaksikan dan antara yang terbaik di Eropah.”

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013“Dan ketibaan Ozil memberi petanda yang positif kepada penyokong-penyokong. Sememangnya sukar untuk kelab membawa masuk pemain bintang daripada menjualnya.”

“Dengan Aaron Ramsey kini kembali ke prestasi selepas kecederaan teruk, itu merupakan satu petanda yang bagus.”

“Musim ini merupakan peluang terbaik untuk memenangi kejuaraan utama selepas penantian yang panjang,” kata bekas pemain berusia 43 tahun itu lagi.

Emmanuel Petit menyertai The Gunners bersama-sama Marc Overmars pada Jun 1997 dengan bayaran perpindahan sebanyak £2.5 juta. Bekas pemain tengah Perancis itu telah melakukan 85 penampilan sepanjang 3 musim bersama Arsenal. Pemain kelahiran Dieppe, Perancis itu memiliki 63 caps antarabangsa bersama Les Bleus serta membantu menjulang kejuaraan Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah EURO 2000.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply