[PERSPEKTIF] ARSENAL MENUJU KE GERBANG KEJAYAAN – PETIT

Arsenal-vs-Southampton-Premier-LeagueBekas pemain tengah The Gunners, Emmanuel Petit melaungkan keyakinan bahawa Arsenal bakal menamatkan saingan musim ini dengan kejayaan. Bekas tonggak kebangsaan Perancis itu turut mengakui kemampuan Arsenal untuk mengakhiri kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Kali terakhir skuad bimbingan Arsene Wenger menjulang trofi pada Mei 2005 ketika merangkul kejuaraan Piala FA Inggeris.

Namun, Arsenal kini berada di tahap terbaik dan semangat yang tinggi. Ketibaan Mesut Ozil dan Mathieu Flamini berjaya membantu Arsenal mengungguli persada Liga Perdana Inggeris dengan 22 mata selepas 9 perlawanan setakat ini. Pemenang Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah 2000 menegaskan Arsenal tidak boleh mengulangi kesilapan seperti sebelum-sebelum ini jika mahu menjulang kejuaraan.

“Ada harapan baru di Arsenal. Lapan tahun tanpa kejuaraan adalah satu tempoh yang lama dan penyokong-penyokong sangat dahagakan kejuaraan,” kata Petit baru-baru ini.

Mesut-Ozil-Arsenal-vs-Napoli“Tidak peduli trofi apa, yang penting asalkan mereka (Arsenal) meraih satu piala musim ini. Lihat apa yang terjadi ketika mereka tewas kepada Birmingham di perlawanan akhir Piala Liga. Ada harapan besar dan kekalahan itu benar-benar menyakitkan mereka.”

“Secara psikologinya, jika juara piala liga tampak sangat besar. Arsenal harus mengakhiri kemarau kejuaraan dan saya rasa mereka mampu melakukannya.”

“Anda tidak boleh membuat perbezaan antara pertandingan. Anda harus memiliki semangat untuk memenangi setiap perlawanan. Anda tidak boleh memilih.”

“Kejayaan musim ini akan membawa lebih banyak kejayaan (pada masa akan datang). Tetapi, sekarang sangat penting untuk Arsenal meraih trofi dengan permainan bola sepak yang menarik,” kata Petit lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply