Lagenda Arsenal, Robert Pires mengakui bahawa bintang termahal Arsenal, Mesut Ozil mirip dengan lagenda Perancis, Zinedine Zidane. Playmaker antarabangsa Jerman itu menyertai The Gunners pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai
“Saya merasakan bahawa Arsene Wenger dan Arsenal telah menandatangani seorang pemain berkelas dunia, Mesut Ozil,” nukil Pires dalam majalah rasmi Arsenal.
“Pada pandangan saya, dia meupakan pemain no.10 terbaik di dunia (ketika ini). Dia membuktikannya di Real Madrid dan skuad kebangsaan Jerman. Bagi saya, dia merupakan pemain yang kami kehilangan sebelum ini.”
“Ia cukup luar biasa bagi Arsenal pada musim panas lalu apabila menandatangani Ozil bagi mengukuhkan pasukan tetapi juga dia dapat memberikan lebih keyakinan dan fear factor kepada pasukan lawan.”
“Jika saya mahu membandingkan Ozil dengan seseorang yang pernah saya beraksi sepanjang karier saya, saya rasa bahawa dia mirip dengan Zinedine Zidane dari segi visi, sentuhan dan kebijaksaan ketika di atas padang.”
“Seperti kebanyakan penyokong-penyokong Arsenal yang mengharap kehadiran pemain-pemain bintang sejak beberapa tahun ini, saya benar-benar gembira kerana dia (Ozil) kini salah seorang The Gunners dan sangat hebat bersama kami,” kata lagenda Arsenal itu lagi.
Sumber : www.arsenal.com