[PERPINDAHAN] MARTINEZ BAKAL KE SHEFFIELD WEDNESDAY

Damien Martinez Arsenal 2012Penjaga gol muda The Gunners, Damian Martinez bakal menyertai kelab Liga Kejuaraan, Sheffield Wednesday secara pinjaman selama sebulan. Pemain muda Argentina berusia 21 tahun itu telah melakukan debut bersama skuad utama Arsenal ketika mencatatkan kemenangan 6-1 ke atas Coventry City sebelum melakukan penampilan kedua menentang Reading dalam saingan Piala Capital One musim lalu.

Martinez telah menyertai akademi Arsenal dari kelab Argentina, Independiente pada 2010. Musim lalu, penjaga gol berusia 21 tahun ini dipinjamkan ke kelab Divisyen 2, Oxford United dan melakukan kemunculan dalam perlawanan terakhir liga menentang Por Vale pada 5 Mei 2012. Diperingkat antarabangsa, Martinez turut penah beraksi bersama skuad Argentina B-17 dan B-20 serta turut dipanggil bersama skuad senior Argentina menentang Nigeria pada Jun 2011.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply