[PERPINDAHAN] ARSENAL SAH TANDATANGANI MATT MACEY

Matt Macey tandatangani kontrak bersama ArsenalArsenal FC sah menandatangani penjaga gol muda berbakat besar, Matt Macey dari Bristol Rovers hari ini.  Penjaga gol berusia 18 tahun itu telah melakukan 3 penampilan bersama The Gunners sebagai ujian percubaan. Kehadiran Macey bakal memberikan saingan kepada Deyan Iliev dan Ryan Huddart dalam skuad remaja Arsenal sementara Damian Martinez kini diserapkan ke dalam skuad utama The Gunners.

Pemain muda kelahiran England ituMatt Macey Arsenal 2013 turut menjadi sasaran Everton namun memilih Arsenal sebagai destinasi bagi mengembangkan kariernya selepas kagum dengan jurulatih skuad remaja Arsenal, Terry Burton dan staf kejurulatihan The Gunners.

Penjaga gol yang memiliki ketinggian 6’6″ memiliki tindakan refleks dan kemahiran komunikasi yang bagus di mana telah melakukan kemunculan bersama skuad remaja Arsenal menentang West Brom Albion pada bulan lalu.

Matt Macey memulakan karier awal bersama kelab Bath, Avon Arsenal ketika berusia 8 tahun sebelum menyertai Bristol City pada 2009.

Penjaga muda itu dilaporkan menandatangani kontrak 4 tahun bersama The Gunners dan bakal diserapkan ke dalam skuad Arsenal B-21 di bawah kendalian Terry Burton. Arsenal dilaporkan akan membayar £100,000 sebagai pampasan bagi mendapatkan pemain muda England berusia 18 tahun itu.

Incoming search terms:

  • kelab matt macey sebelum ke arsenal
This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply