[KOMENTAR] REAL MADRID TIDAK PERLUKAN OZIL – CARLO ANCELOTI

Mesut Ozil tiba di ArsenalDi sebalik prestasi Real Madrid yang kurang memberansangkan pada awal musim ini serta persembahan mantap Mesut Ozil bersama The Gunners namun Carlo Anceloti menegaskan bahawa dirinya tidak menyesal kerana melepaskan playmaker Jerman itu. Malah pengurus Los Blancos itu mengakui bahawa Özil sememangnya sudah tidak diperlukan dalam skuadnya. Real Madrid kini berada di kedudukan ke-4, lima mata ketinggalan di belakang pendahulu La Liga, Barcelona dan Atletico Madrid selepas 7 perlawanan.

Mesut Ozil melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta (€50 juta). Sejak meninggalkan Santiago Bernabeu, pemain tengah berusia 24 tahun itu berjaya membantu Arsenal mengungguli tahta Liga Perdana Inggeris serta kumpulan F saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan meledak satu gol dan menghasilkan 5 assist dalam 5 penampilan setakat ini.

Mesut-Ozil-vs-PSG-Ogos-2013“Saya tidak menyesal dengan pemergian Ozil. Saya berharap dia akan berjaya (bersama Arsenal) tetapi kami tidak memerlukannya,” kata pengendali berusia 54 tahun itu.

“Masalah utama kami bukannya terletak di bahagian serangan. Kami menjaringkan banyak gol tetapi kami perlu menyeimbangkan daripada dibolosi terlalu banyak.”

“Kami perlukan sebuah pasukan yang bersatu,” kata Carlo Anceloti lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply