[KOMENTAR] PELUANG FLAMINI DALAM LES BLEUS KEMBALI TERBUKA

Mathieu Flamini vs Stoke City 2013Peluang Mathieu Flamini untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis kembali terbuka selepas menampilkan aksi cemerlang bersama Arsenal sejak tiba di Stadium Emirates pada hujung Ogos lalu. Pengurus Les Bleus, Didier Deschamps mengakui bahawa pemain tengah Arsenal berusia 29 tahun itu berada dalam pemerhatiannya dan tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Flamini kembali menyertai skuad bimbingannya.

Musim ini, Flamini berjaya menampilkan aksi cemerlang dan konsisten dengan membantu Arsenal mengungguli tahta Liga perdana Inggeris. Mathieu Flamini mula mendapat debut mewakili Les Bleus menentang Morroco pada 7 Februari 2007 ketika di bawah kendali Raymond Domenech. Sehingga kini, pemain kelahiran Marseille itu hanya memiliki 3 caps antarabangsa dengan kali terakhir menyarung jersi Les Bleus menentang Serbia pada September 2008.

“Saya kini sedang memerhatikan (Mathieu) Flamini. Dia mengharungi musim sukar tahun lalu (di Milan) tetapi dia sudah mencapai tahap terbaiknya. Saya akan terus memantau perkembangannya,” kata Didier Deschamps baru-baru ini.

Mathieu Flamini dan Arsene WengerSementara itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger turut berpendapat bahawa Mathieu Flamini layak untuk menyarung jersi Les Bleus. Pengurus kelahiran Perancis itu mengakui kehadiran pemain tengah berusia 29 tahun itu banyak membantu memantapkan skuadnya sehingga berjaya mengungguli persada Liga Perdana Inggeris sejak 3 minggu yang lalu.

“Saya rasa Mathieu Flamini boleh mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan Perancis. Ia mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini tetapi saya memberitahu Didier Deschamps akan memanggilnya kerana faktor tertentu,” kata Arsene Wenger kepada Eurosport.

“Dia (Flamini) sangat fokus, dia berpengalaman dan dia mempunyai fizikal yang baik. Dia merupakan seorang ‘ball winner’.”

“(Ketika ini) Deschamps mempunyai ramai pemain dalam fikirannya, jadi mungkin pada masa yang lain. Dia sangat menyerlah kebelakangan ini,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply