[KOMENTAR] KETIBAAN OZIL BUKTI ARSENAL DAHAGAKAN KEJUARAAN

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Stadium Emirates sebagai sebahagian daripada staf kejurulatihan The Gunners suatu hari nanti. Pemain antarabangsa Sepanyol itu meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab remajanya, Barcelona pada Ogos 2011. Pemergiaan Fabregas itu telah membuka ruang buat dua tonggak muda Arsenal, Jack Wilshere dan Aaron Ramsey beraksi dengan lebih kerap dalam skuad utama Arsenal.

“Arsenal sentiasa di hati saya dan gembira berada di sana. Tetapi sangat penting bagi saya meninggalkan Arsenal. Saya rasa penyokong-penyokong memahaminya,” kata Fabregas.

“Saya tidak tahu sama saya mempunyai peluang untuk kembali dan bermain di sana atau mungkin selepas saya bersara. Kelab itu seperti keluarga saya dan saya pasti mereka kan memberi peluang kepada untuk memainkan peranan penting di sana.”

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013Cesc Fabregas turut menyokong tindakan Arsenal membawa masuk dua pemain tengah berpengalaman, Mesut Ozil dan Mathieu Flamini pada jendela perpindahan musim panas lalu. Pemain tengah Barcelona itu mengakui Ozil merupakan antara pemain yang paling sesuai untuk beraksi bersama The Gunners. Kehadiran Ozil berjaya memberi impak segera denga membantu Arsenal mengungguli persada Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 22 mata selepas 9 perlawanan.

“Jika anda memiliki kesempatan untuk menandatangani Ozil, sudah tentu anda tidak akan mensia-siakannya. Meskipun anda memiliki tujuh atau lapan pemain yang serupa namun anda tetap harus menandatanganinya.”

“Saya rasa dia menikmati kehidupan di sana. Ozil merupakan pemain yang mampu memberikan kelainan di kawasan final third. Hantarannya cukup bijak dan dia akan memberikan lebih ruang dan dengan ruang itu akan membunuh kamu.”

“Dia akan menjaringkan lebih banyak gol dalam Liga Perdana Inggeris berdasarkan prestasinya di Sepanyol,” kata Fabregas lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply