[KOMENTAR] JUAN MATA KAGUM DENGAN CORAK PERMAINAN ARSENAL

Juan+Mata+vs+Arsenal+2012Bintang tengah Chelsea, Juan Mata menghamburkan pujian kepada Arsenal yang beraksi cemerlang musim ini sekaligus kembali muncul selaku antara pencabar utama kejuaraan. Malah Mata mengakui bahawa Arsenal bukan sahaja berjaya mencatatkan keputusan yang baik tetapi juga turut mempamerkan corak permainan yang menarik dan menghiburkan. Terbaru, skuad bimbingan Arsene Wenger membelasah Norwich City 4-1 di Stadium Emirates kelmarin.

Pemain tengah Sepanyol itu hampir menyertai The Gunners sebelum memilih untuk melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge dari Valencia pada Ogos 2011. Juan Mata turut kagum dengan Arsenal yang tidak sekadar mempamerkan persembahan yang menghiburkan malah menjaringkn gol-gol yang cantik. Namun, pemain berusia 25 tahun itu mengingatkan bahawa saingan liga masih panjang dan yakin Chelsea mampu menjulang kejuaraan liga musim ini.

“Jelasnya, ketika ini masih di permulaan musim dan masih banyak perlawanan yang harus diharungi. Namun, semakin itnggi kedudukan kami dalam liga semakin bagus,” kata Juan Mata kepada Grada 360.

“Arsenal ketika ini memimpin liga. Mereka bukan sahaja memenangi perlawanan tetapi mempamerkan permainan bola sepak yang menarik dan menghiburkan.”

Meskipun bermula buruk musim ini selepas tewas 1-3 kepada Aston Villa di laman sendiri namun Arsenal bangkit mencatat kemenangan demi kemenangan sekaligus mengungguli persada Liga Perdana Inggeris setakat ini. Skuad bimbingan Arsene Wenger berdepan tugas sukar apabila bakal menghadapi 6 perlawanan penting dalam tempoh 20 hari termasuk menentang Chelsea, Man United, Liverpool dan Borussia Dortmund.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply