[KOMENTAR] ARSENAL HARUS MENYESUAIKAN DIRI TANPA FLAMINI – REDKNAPP

Mathieu-Flamini vs Swansea City 2013Bekas pemain tengah England dan Liverpool, Jamie Redknapp berpendapat bahawa kekalahan Arsenal di tangan Borussia Dortmund semalam berpunca daripada ketiadaan Mathieu Flamini. Pemain tengah Perancis berusia 29 tahun itu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan ringan ketika menentang Norwich City hujung minggu lalu. Namun, kecederaan yang dialami oleh Flamini itu tidak serius dan sedia untuk kembali dalam perlawanan liga menentang Crystal Palace hujung minggu ini.

Ketiadaan Flamini di barisan tengah The Gunners jelas memberi kesukaran untuk mengekang asakan bertubi-tubi daripada Borussia Dortmund. Pemain yang digelar sebagai ‘Orang Besi’ itu memainkan peranan penting dalam membantu barisan pertahanan Arsenal. Lantaran itu, Redknapp menggesa Arsenal agar berusaha menyesuaikan diri tanpa kelibat Mathieu Flamini pada masa akan datang.

“(Arsene) Wenger mengatakan selepas tamat perlawanan bahawa mereka terlupa jika mereka tidak mampu untuk menang maka mereka jangan kalah,” kata Redknapp menerusi Sky Sports.

“Tanpa Flamini, mereka (Arsenal) nampak berada dalam kesulitan untuk mengimbangi barisan tengah. Arteta merupakan pemain yang bagus namun dia berbeza dengan Flamini.”

Mathieu+Flamini+v+Stoke+City+2013Sementara itu, bekas penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins turut sependapat dengan Jamie Redknapp. Menurut Wilkins, The Gunners tidak berjaya menahan asakan Dortmund terutama dalam 10 minit terakhir tanpa kehadiran Flamini. Jelasnya, pemain tengah kental kelahiran Perancis itu merupakan salah satu watak penting bagi skuad bimbingan Arsene Wenger musim ini.

“Seharusnya, mereka (Arsenal) mampu menahan asakan Dortmund pada 10 minit terakhir. Ada kalanya pemain senior (seperti Flamini) hadir memotivasikan rakan-rakan sepasukannya,” kata Ray Wilkins pula.

“Dortmund pula beraksi baik sepanjang 90 minit perlawanan, mereka mengawal permainan dengan baik. Arsenal beraksi cemerlang dalam liga namun ketika menentang pasukan yang lebih bagus seperti Dortmund, mereka tampak kurang bermotivasi.”

“Selaku tuan rumah, Arsenal seharusnya bermain lebih menyerang namun tidak terlalu menekan (lawan),” kata bekas penolong pengurus Chelsea yang kini berkhidmat sebagai pengulas bersama Sky Sports.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply