[KECEDERAAN] THEO WALCOTT MASIH BELUM PULIH SEPENUHNYA

Theo Walcott injured in September 2013Kepulangan pemain sayap lincah England, Theo Walcott bersama The Gunners tertangguh untuk tempoh 3 minggu akan datang selepas belum pulih daripada kecederaan abdomen yang dialaminya. Pemain berusia 24 tahun itu sepatutnya kembali menyertai Arsenal hujung minggu ini dalam kunjungan ke Selhurts Park namun Walcott perlu menjalani sesi fisioterapi lanjutan untuk tempoh beberapa minggu lagi sebelum kembali disenaraikan dalam skuad utama.

Kali terakhir Walcott turun beraksi bersama Arsenal ketika menentang Sunderland pada pertengahan Spetember lalu. Ketiaadaan pemain sayap lincah England itu menyaksikan Aaron Ramsey, Tomas Rosicky dan Serge Gnabry diturunkan di bahagian sayap kanan The Gunners. Status kecederaan terbaru Theo Walcott itu disahkan sendiri oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“(Theo) Walcott akan diketepikan untuk tempoh dua minggu lagi atau lebih. Dia mengalami pelbagai kesukaran. Lantaran itu dia perlu berehat,” kata Wenger.

Sementara itu, Arsenal bakal kehilangan Mathieu Flamini yang mengalami kecederaan selepas terhantuk dengan pertahanan Norwich City hujung minggu lalu sekaligus menyaksikan pemain tengah Perancis itu diketepikan bagi perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi nanti. Namun, kecederaan Flamini tidak serius dan dijangka kembali dalam perlawanan menentang Crystal Palace hujung minggu ini.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply