[KECEDERAAN] BACARY SAGNA DIKETEPIKAN SELAMA 3 MINGGU

bacary-sagna-injured-vs-tottenham-oktober-2011Arsenal bakal kehilangan khidmat bek kanan berpengalaman, Bacary Sagna untuk tempoh 3 minggu selepas pertahanan antarabangsa Perancis itu. Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan tersebut ketika membantu Arsenal mencatatkan kemenangan selesa 2-0 ke atas Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu lalu. Sagna dijangka akan kembali selepas perlawanan persahabatan antarabangsa nanti dalam perlawanan menentang Crystal Palace.

Berikut merupakan kemaskini kecederaan terbaru The Gunners :

– Theo Walcott terus disisihkan untuk tempoh 3 minggu lagi selepas mengalami kecederaan abdomen sekaligus terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bersama England.

– Santi Cazorla yang mengalami kecederaan buku lali semakin sembuh dan sedia untuk kembali selepas perlawanan kelayakan minggu depan.

– Lukas Podolski dijangka akan terus direhatkan sehingga 2 November nanti selepas belum pulih dari kecederaan hamstring.

– Alex Oxlade-Chamberlain yang mengalami kecederaan lutut bakal disisihkan untuk tempoh sebulan lagi.

– Yaya Sanogo yang kini dalam proses pemulihan dari kecederaan belakang dijangka akan kembali selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu depan.

– Semantara itu, Thomas Vermaelen, Mikel Arteta dan Tomas Rosicky yang baru pulih dair kecederaan telah beraksi baik dalam perlawanan menentang Napoli pada Rabu lalu.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply