[EPL] ROONEY MAHU TINGGALKAN MAN UNITED KERANA VAN PERSIE

Robin-van-Persie-and-Wayne-Rooney-Man-UnitedWayne Rooney akhirnya membuka mulut mengenai punca perpindahannya keluar dari Old Trafford yang mempunyai kaitan dengan ketibaan bekas penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie pada Ogos tahun lalu. Semuanya berpunca selepas penyerang antarabangsa England berusia 27 tahun itu merasakan dirinya tidak diletakkan di posisi sepatutnya ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sejak ketibaan Robin van Persie.

Persaraan pengurus lagenda United itu pada hujung Mei lalu sekaligus digantikan David Moyes seakan-akan membuka lembaran baru buat Wayne Rooney. Bekas pengurus Everton terpaksa berhempas pulas untuk mengekalkan penyerang berusia 27 tahun itu di Old Trafford. Namun, Rooney menegaskan dirinya mahu beraksi di posisi kegemarannya meskipun mampu beraksi baik di pelbagai posisi.

“Saya rasa saya bermain baik di bahagian tengah tetapi saya tidak mahu bermain di situ,” kata Rooney baru-baru ini.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk bermain di luar posisi saya. Tetapi saya rasa saya ada hak untuk bermain di posisi sebenar saya dan itu tidak akan terjadi.”

wayne-rooney-arsenal-vs-man-united-apr-2013“Lumrahnya, saya berasa agak kecewa dan mungkin disebabkan itulah beberapa permainan saya terjejas. Saya tahu tahun lepas bukanlah musim terbaik saya nama ada masanya saya terpaksa bermain di posisi yang berbeza.”

“Saya tidak mendapat konsistensi di bahagian serangan. Ada masanya jika anda jarang bermain di sesuatu posisi yang sama ianya sukar untuk menyesuaikan diri.”

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, banyak khabar angin yang mengaitkan perpindahan penyerang antarabangsa England itu ke Chelsea, Arsenal, Real Madrid dan Paris Saint-Germain. Namun, David Moyes berjaya memujuk Rooney untuk terus kekal di Old Trafford. Penyerang berusia 27 tahun itu turut memuji corak permainan berbeza yang diterapkan oleh Moyes.

“Beliau (Moyes) menerapkan corak permainan yang berbeza. Kami dikerah untuk melakukan banyak larian semasa latihan dan itu memberi faedah kepada saya. Kini, saya lebih cergas berbanding sebelum ini,” kata Rooney lagi.

This entry was posted in EPL and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply