[CORETAN] MESUT OZIL MULA MENYAYANGI ARSENAL

Mesut Ozil loves ArsenalBintang tengah Jerman, Mesut Özil mengakui dirinya sudah mula menyayangi kelab barunya, Arsenal dan pengurus pasukan, Arsene Wenger. Kenyataan itu dibuat oleh pemain tengah berusia 25 tahun itu dalam satu sidang akhbar bersama Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB). Ozil turut menolak spekulasi yang mengatakan dirinya mengalami kejutan budaya di utara London sejak tiba dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Mesut Ozil muncul selaku pemain termahal The Gunners selepas melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu. Keputusan mengejut yang dibuat oleh playmaker kelahiran Jerman itu dikritik oleh sesetengah pihak di negaranya namun Ozil enggan mengulas tindakannnya meninggalkan The Galacticos.

“Saya telah menghabiskan tempoh 3 tahun yang hebat di Madrid tetapi saya tetap mahu meninggalkan kelab itu. Saya kini sangat gembira bermain bersama Arsenal,” kata Ozil baru-baru ini.

“Bagi saya, London merupakan kota yang sangat hebat. Saya mula menyukai tempat ini dan banyak perkara-perkara baru yang semakin menambat hati saya.”

Wenger-Ozil-Mertesacker-Bould-on-training“Saya juga memandu di sebelah kiri. Walaupun pada mulanya agak sukar tetapi Mertesacker banyak mengajar saya bagaimana untuk memandu.”

“Perkara terbaik di Arsenal adalah seluruh pasukan dan kakitangan kejurulatihan sentiasa menyokong saya. Mereka sangat menghormati saya dan sentiasa membuatkan saya berasa selesa (di Arsenal).”

“Arsene Wenger merupakan pengurus yang hebat. Beliau mempunyai idea yang hebat dan saya sangat bertuah kerana saya berpeluang bermain di bawah kendaliannya.”

“Saya juga berpendapat bahawa Liga Perdana inggeris merupakan saingan liga paling sukar di dunia kerana kekuatan pasukan dalam liga hampir sama. Kebanyakan kelab mempunyai kekuatan yang seimbang,” kata bintang tengah Jerman itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply