[CORETAN] KUNCI KEJAYAAN JACK WILSHERE

Pengorbanan seorang ibu Jack WilshereKerry Wilshere akhirnya mendedahkan rahsia kejayaan bintang muda The Gunners, Jack Wilshere yang mula menjadi pujaan peminat bola sepak di England. Ibu kepada pemain tengah Arsenal itu mengakui mula melihat bakat besar yang dimiliki oleh anaknya sejak berusia 5 tahun lagi ketika menyertai kelab Knebworth B-7. Lantaran itu, Kerry yakin bahawa anaknya bakal menjadi seorang pemain utama dan tonggak dalam skuad kebangsaan England.

Ibu kepada bintang muda Arsenal berusia 20 tahun itu turut mendedahkan bahawa anaknya itu sering bermain dengan rakan-rakan yang lebih tua daripadanya ketika zaman remaja. Kerry turut mengakui bahawa anaknya cukup serius dengan permainan bola sepak malah kadang kala dia terpaksa meleraikan anaknya yang bertengkar dengan rakan sebaya gara-gara kalah dalam perlawanan bola sepak.Kini, Jack Wilshere yang baru menjengah usia 20 tahun itu sudah disebut-sebut sebagai tonggak utama The Three Lions.

Jack-Wilshere-England-vs-Brasil“Jack Wilshere selalu bermain dengan kanak-kanak yang beberapa tahun lebih tua (ketika zaman remaja). Kebetulan ramai yang mahu dia menyertai pasukan mereka,” kata Kerry kepada Daily Mail baru-baru ini.

“Dia ingin selalu menjadi pemenang bahkan ketika sekadar bermain bola sepak dengan rakan-rakan atau saudarnya. Saya sering meleraikan pertengkaran di antara mereka. Banyak barang pecah gara-gara tendangan dia.”

“Ketika dia dipanggil menyertai sesi pemilihan akademi Arsenal, itu merupakan hari besar baginya. Apatah lagi ketika dia dipanggi ke Highbury. Kami sekeluarga juga gembira dengan pencapaiannya.”

Jack_Wilshere_vs_Man_City_2012“Seluruh keluarga kami harus berkorban. Ketika dia menyertai perlawanan, salah seorang atau kami berdua akan menemani dia. Tiada percutian bagi kami kerana kami menggunakan wang untuk keperluan Wilshere,” kata ibu Jack Wilshere lagi.

Anak kelahiran Stevenage, England ini memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Knebworth sebelum menyertai Luton Town. Karier Jack Wilshere mula berkembang apabila dipilih menyertai akademi Arsenal ketika berusia 8 tahun dengan membantu menjulan kejuaraan berganda, Liga Perdana Akademi dan Piala FA Remaja pada musim 2008/09. Sehingga kini, Jack Wilshere sudah memiliki 111 penampilan bersama The Gunners sejak mendapat debut pada 13 September 2008.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply