[BULETIN] ARSENE WENGER TIDAK KECEWA TEWAS KEPADA CHELSEA

Arsene Wenger and Jose MourinhoArsenal tersingkir dari saingan Piala Capital One 2013/14 selepas tewas 0-2 kepada Chelsea di Stadium Emirates awal pagi tadi (waktu Malaysia). Ketiadaan beberapa tonggak kerana pengantungan dan masalah kecederaan sedikit merencat corak permainan The Gunners. Namun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dirinya tidak terlalu kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya.

The Gunners ketinggalan seawal minit ke-26 selepas bek kanan muda Sepanyol, Cezar Azpilicueta berjaya memanfaatkan kesilapan hantaran ke belakang oleh Carl Jenkinson. Juan Mata menambah duka Arsenal menerusi rembatan dari luar kotak penalti. Meskipun, Arsenal membawa masuk Mesut Ozil dan Olivier Giroud namun masih gagal untuk memecah benteng The Blues yang ampuh bertahan sehingga tamat perlawanan.

“Tiada perbezaan ketara (antara Arsenal dan Chelsea). Saya rasa kami bermain dengan cukup baik,” kata pengurus berbangsa Perancis itu selepas tamat perlawanan pagi tadi.

“Namun kami tidak cukup efisyen khususnya dalam bertahan dan kesilapan Jenkinson membuat perlawanan menjadi berbeza. Ini merupakan satu perlawanan yang sengit dan mereka mengambil kesempatan daripada kesilapan yang kami lakukan.”

Juan+Mata+vs+Arsenal+2012Kekalahan itu menyaksikan Arsenal gagal untuk melepasi pusingan buat kali pertama selepas 11 tahun yang lalu. Namun, Wenger mahu anak-anak buahnya kembali fokus bagi menghadapi perlawanan penting liga menentang Liverpool di Stadium Emirates hujung minggu ini. Arsenal gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 22 mata diekori rapat oleh Chelsea dan Liverpool yang meraih 20 mata selepas 9 perlawanan.

“Sudah tentu kami sukar untuk menerima kekalahan ini namun ia telah menjadi sebahagian daripada perjalanan musim kerana kami tidak mungkin untuk memenangi semua perlawanan,” kata Wenger lagi

“Namun, kami harus membalas kekalahan ini dengan baik menentang Liverpool pada Sabtu ini. Kedudukan kami dalam liga sangat kuat dan kami memiliki peluang yang kerana beraksi di laman sendiri.”

“Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Kami telah melakukan lebih baik daripada mana-mana pasukan sejak Januari lalu.”

“Ketika ini, (Theo) Walcott, (Alex) Oxlade-Chamberlain dan (Lukas) Podolski harus disisihkan kerana kecederaan. 3 pemain ini sememangnya memberi impak besar dalam serangan kami. Jika ketiga-tiganya bermain, saya yakin hasilnya sangat berbeza,” kata pengurus berusia 64 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply