[BULETIN] WENGER, RAMSEY TERBAIK BULAN SEPTEMBER 2013

Ramsey-and-Wenger-best-in-September-2013Di sebalik prestasi memberansangkan Arsenal sepanjang bulan lalu dengan mencatatkan 4 kemenangan berturut-turut sekaligus menyaksikan pengurus pasukan, Arsene Wenger dan pemain tengah, Aaron Ramsey telah dipilih selaku pengurus dan pemain terbaik Barclays bagi bulan September 2013. Rentetan kemenangan tersebut berjaya meletakkan The Gunners selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 16 mata selepas 7 perlawanan liga setakat ini.

Kejayaan menerima penghargaan selaku Pemain Terbaik Bulanan Barclays ini merupakan yang pertama buat pemain muda Wales berusia 22 tahun itu. Aaron Ramsey menampilkan aksi yang memukau sepanjang bulan lalu dengan menjaringkan 4 gol termasuk 2 gol ketika menentang Sunderland dan gol kemenangan ketika membantu Arsenal mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Swansea City.

Sementara itu, kejayaan ini merupakan anugerah Pengurus Terbaik Bulanan Barclays yang ke-13 buat Arsene Wenger sejak mula membimbing The Gunners pada September 1996. Namun, masa depan pengurus berbangsa Perancis itu bersama Arsenal masih tidak menentu selepas perbincangan mengenai lanjutan kontraknya belum mencapai kata putus. Kontrak Wenger bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim ini.

TRIVIA : Kali terakhir Arsenal merangkul anugerah berganda, Pengurus dan Pemain Terbaik Bulanan Barclays pada September 2007 yang dimenangi oleh Arsene Wenger dan Cesc Fabregas.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply