[BULETIN] AARON RAMSEY PEMAIN TERBAIK BULAN SEPTEMBER

Jaringan Ramsey vs Sunderland 2013Selepas merangkul anugerah Pemain Terbaik Bulanan Barclays kelmarin, Aaron Ramsey menepati ramalan untuk menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan Arsenal bagi bulan September. Ini merupakan anugerah pemain terbaik Arsenal ketiga yg dimilikinya selepas turut merangkul anugerah ini pada April dan Ogos lalu. Ramsey terus membuktikan kecemerlangannya dengan berjaya meledak 5 gol sepanjang bulan September lalu.

Pemain tengah Wales berusia 22 tahun itu menampilkan aksi mantap dengan menjaringkan 2 gol ketika membantu Arsenal menewaskan Sunderland 3-1 sebelum menjaringkan gol ketika membantu kemenangan 2-1 ke atas Marseille empat hari berikutnya. Ramsey terus meledak satu ketika menentang Stoke City dan Swansea City sekaligus membantu Arsenal mencatatkan 4 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris bulan lalu.

Aaron Ramsey telah menerima 72.2% undian mengatasi pemain baru The Gunners, Mesut Ozil yang memperolehi 16% undian manakala pemain tengah kental, Mathieu Flamini pula di tempat ketiga dengan mengumpul 5.6%. Jumlah undian bagi bulan ini sebanyak 14,129 – yang kedua tertinggi selepas Ogos 2013. Pemilihan ini dibuat berdasrkan undian penyokong-penyokong The Gunners menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.

Sementara itu, jaringan Ramsey ketika menentang Sunderland di Stadium of Light pada 14 September lalu dipilih selaku Gol Terbaik Arsenal bagi bulan September. Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran lintang Carl Jenkinson pada minit ke-75 yang pantas disambar oleh Ramsey dengan melepaskan sepakan volley menewaskan penjaga Sunderland, James Stockdale. Jaringan tersebut menerima 29% undian mengatasi gol keduanya ketika menentang Sunderland serta jaringan Grioud ketika menentang Spurs.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply