[BULETIN] GNABRY TANDATANGANI KONTRAK JANGKA MASA PANJANG

Serge-Gnabry-Arsenal-wonderkidMeskipun dikaitkan dengan kepulangan ke Bundesliga namun akhirnya bintang muda Jerman, Serge Gnabry sah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal. Pemain sayap berusia 18 tahun itu berjaya mencuri tumpuan dengan menampilkan aksi menarik musim ini. Kecederaan yang dialami oleh Santi Cazorla, Theo Walcott, Lukas Podolski dan Alex Oxlade-Chamberlain menyaksikan Gnabry diberi peluang untuk beraksi dalam skuad utama The Gunners.

Gnabry muncul selaku pemain kedua termuda Arsenal yang melakukan debut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah selepas Jack Wilshere. Malah, pemain kelahiran Stuttgart, Jerman ini berjaya meledak gol pertama dalam skuad senior ketika membantu Arsenal menewaskan Swansea City pada hujung September lalu sekaligus muncul pemain kedua termuda Arsenal yang menjaringkan gol dalam skuad utama selepas Cesc Fabregas.

Pemain berdarah kacukan Ivory Coast (bapa) dan Jerman (ibu) memulakan karier awal sebagai seorang pelari pecut sebelum mengubah menjadi pemain bola sepak professional. Gnabry menyertai akademi Arsenal dari kelab Bundesliga, VfB Stuttgart pada 2010 ketika berusia 15 tahun. Pemain sayap ini kemudiannya diserap ke dalam skuad utama musim lalu sekaligus mendapat debut ketika perlawanan Piala Capital One menentang Coventry City pada 26 September 2012.

Serge-Gnabry-goal-vs-Swansea-City-2013Musim ini, Gnabry diberi lebih peluang beraksi dalam skuad utama termasuk 120 minit ketika menewaskan West Bromwich Albion dalam saingan Piala Capital One pada 25 September lalu. Pemain berusia 18 tahun turut mendapat debut penuh ketika menentang Stoke City pada pertengahan September lalu. Lantaran itu, Gnabry turut melahirkan rasa gembira selepas menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners dengan menerima gaji sebanyak £20,000 seminggu.

“Arsenal merupakan kelab yang hebat dan saya gembira berada di sini dan menandatangani kontrak. Bagi saya, ini masa untuk saya berkerja keras dan meningkatkan permainan saya,” kata Serge Gnabry menerusi Arsenal.com.

“Saya telah mendapat beberapa peluang beraksi dalam skuad utama baru-baru ini di mana ini telah memberikan saya lebih keyakinan diri dan meningkatkan permainan saya.”

“Saya sentiasa memandang ke hadapan untuk memberikan yang terbaik kepada kelab ini untuk tahun-tahu mendatang.”

Serge Gnabry and Arsene Wenger 235876Sementara itu, Arsene Wenger mengalu-alukan keputusan Gnabry yang menandatangani kontrak bersama The Gunners. Pengurus Arsenal itu mengakui Gnabry memiliki kualiti dan kemahiran teknikal yang mampu untuk bersaingan dalam Liga Perdana Inggeris. Tonggak berpengalaman, Tomas Rosicky turut memuji tindakan Gnabry dan menyifatkan Arsenal merupakan tempat yang paling untuk mengembang karier bola sepaknya.

“Dia (Gnabry) seorang pengelecek yang bagus dan mampu mengatasi lawan dalam situasi satu lawan satu. Itu merupakan kunci penting bagi masa depan pemain berusia 18 tahun ini jika dia mampu melaku dengan baik,” kata Tomas Rosicky.

“Saya rasa di sini dia memiliki seorang pengurus yang membantu membangunkan kualiti permainannya. Tiada yang lebih baik daripada menerima tawaran kontrak di sini.”

“Dia (Gnabry) seorang pemain muda berbakat, baru berusia 18 tahun namun dia masih perlu belajar banyak perkara dan dia berada di tempat yang terbaik untuk terus belajar di sini. Saya ini cukup bagus bagi kedua-dua pihak.”

“Dia juga mendapat persekitaran yang sesuai untuk pembangunan kariernya dan dengan potensi dan bakat yang dimilikinya, dia mampu terus berkembang,” kata kapten Republik Czech itu lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply