[BULETIN] GEDION ZELALEM SEDIA DITURUNKAN MENENTANG CHELSEA

Gedion-Zelalem-v-Liverpool-2013Gedion Zelalem yang baru pulih dari kecederaan sudah kembali menjalani bersama skuad utama Arsenal. Pemain tengah kelahiran Jerman itu dijangka bakal diturunkan dalam perlawanan Piala Capital One menentang Chelsea pada Selasa depan sekaligus mendapat debut professional bersama The Gunners. Zelalem berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat Arsenal dengan menampilkan aksi memukau semasa jelajah pra-musim 2013 yang lalu.

Pemain tengah berusia 16 tahun itu terlepas perlawanan pusingan ke-3 Piala Capital One menentang West Brom selepas mengalami kecederaan lutut semasa sesi latihan di London Colney 6 minggu lalu. Jika diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea pada Selasa ini, Zelalem yang berusia 16 tahun 273 hariĀ  bakal menjadi pemain kedua termuda yang melakukan debut bersama skuad utama Arsenal selepas Jack Wilshere.

gedion-zelalem-vs-indonesiaTerdahulu, Zelalem menjadi rebutan antara dua negara, Jerman dan Ethopia bagi mewakili skuad kebangsaan masing-masing. Pemain muda berbakat besar ini berketurunan Ethopia namun dilahirkan di Stuttgart, Jerman. Meskipun belum melakukan debut bersama skuad senior namun Zelalem menerima undangan daripada Menteri Luar Negara Ethopia, Tedros Adhano menerusi akaun twitternya, “Hi, Gedion. Gembira mendengar berita dari kamu. Kami berharap kamu akan beraksi untuk Ethopia nanti.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply