[BULETIN] CAZORLA, SANOGO KEMBALI PERKUATKAN ARSENAL

Bayern Munich's Gustavo is challenged by Arsenal's Cazorla during their Champions League round of 16 second leg match in MunichArsenal terpaksa beraksi beberapa minggu tanpa khidmat Santi Cazorla dan Yaya Sanogo yang terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan. Pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla terpaksa berehat sejak pertengahan September lalu selepas mengalami kecederaan buku lali manakala penyerang muda Perancis, Yaya Sanogo diketepikan kerana masalah kecederaan belakang yang dialaminya. Namun, kedua-dua pemain itu dilaporkan semakin pulih dan bakal kembali beraksi pada 19 Oktober ini.

Cazorla nyata sudah tidak sabar untuk beraksi bersama The Gunners sekaligus membentuk gandingan bersama-sama Mesut Ozil dan Olivier Giroud di barisan serangan Arsenal. Luahan kata itu dilontar menerusi kenyataan menerusi akaun twitter rasminya : ” Sedang berkerja keras agar dapat kembali secepat mungkin.”

Sementara itu, penyerang muda Perancis yang baru menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu, Yaya Sanogo turut melahirkan kata-kata yang sama seperti Cazorla. Pemain muda berusia 19 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu proses pemulihannya menerusi komennya di laman twitternya : “Terima kasih atas sokongan dan dorongan anda. Saya harus segera kembali.”

Sementara itu, khabar kurang baik buat skuad bimbingan Arsene Wenger selepas pertahanan kental Perancis, Laurent Koscielny dilaporkan mengalami kecederaan betis sekaligus diketepikan daripada aksi perlawanan persahabatan menentang Australia serta perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Finland hujung minggu ini. Jika Koscielny terpaksa diketepikan untuk tempoh yang panjang, pelungan unuk Vermaelen kembali membuktikan kemampuan kembali bersinar.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply