[PERSPEKTIF] JACK WILSHERE BAKAL SEHEBAT ZIDANE – WENGER

Jack-Wilshere-England-vs-BrasilPengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan bintang muda The Gunners, Jack Wilshere yang bakal menjadi tonggak kejayaan England ke Piala Dunia 2014 di Brazil tahun hadapan. Pemain tengah berusia 22 tahun dikritik selepas gagal beraksi cemerlang ketika England diikat seri 0-0 dengan Ukraine pada Selasa lalu. Malah, Wenger percaya bahawa Wilshere memiliki kualiti yang hebat dan mampu mengikut jejak langkah lagenda Perancis, Zinedine Zidane untuk memacu kejayaan bersama The Three Lions.

“Jika Jack (Wilshere) beraksi seperti itu bersama Arsenal, saya boleh katakan OK. Tetapi itu bukan merupakan persembahan terbaiknya,” kata Wenger kepada Skysports.

“Tetapi apabila dia beraksi bersama skuad kebangsaan kadangkala semua orang akan mempersoalkan tentang kemampuannya.”

“Kadangkala pemain-pemain menghadapi sedikit kesukaran untuk mengendalikan situasi bersama skuad kebangsaan di samping menghadapi tekanan mental daripada semua pihak.”

“Skuad kebangsaan memerlukan seseorang yang mampu menyerap sebarang jenis tekanan dan mengatasinya. Di Perancis kami memiliki Zidane – di mana Perancis beraksi baik jika Zidane berada dalam skuad tetapi semua orang perlu bermain dengan kesungguhan. Anda memerlukan satu generasi (bola sepak) yang bagus tetapi juga memerlukan seorang pemain (tonggak).”

jack-wilshere-suffered-ankle-injury“Berfikiranlah dengan positif. Jack mampu memikul peranan itu. Dia masih muda, baru berusia 22 tahun. Dia memiliki keupayaan untuk melakukannya tetapi dia perlu bermain dalam tempoh 6 bulan tanpa sebarang masalah (kecederaan).”

“Jack memiliki personaliti untuk menjadi seorang pemain utama. Dia sudah mengharungi tempoh sukar. Masalah utama dalam bola sepak moden ialah anda memerlukan kecergasan 100% untuk menunjukan bakat sebenar.”

“Ketika ini, Jack tidak memiliki keadaan fizikal yang terbaik. Tidak hairanlah mengapa orang mula mempersoalkan mengenai persembahannya. Tetapi saya rasa dia merupakan seorang pemain bola sepak yang luar biasa dan dia akan membuktikannya. Kini, dia hanya memerlukan konsistensi,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply