[PERSPEKTIF] SERGE GNABRY SEDIA UNTUK SKUAD UTAMA ARSENAL

Serge-Gnabry-goal-vs-Swansea-City-2013Kecederaan yang menimpa Theo Walcott, Lukas Podolski dan Alex Oxlade-Chamberlain menyaksikan pemain muda Jerman, Serge Gnabry disenaraikan dalam skuad utama The Gunners. Pemain yang memiliki darah campuran Ivory Coast (bapa) dan Jerman (ibu) memulakan karier awal selaku pelari pecut sebelum memilih bola sepak sebagai kariernya. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui bahawa pemain muda berusia 18 tahun sudah bersedia mengharungi cabaran fizikal dalam peringkat tertinggi bola sepak.

Serge Gnabry dilahirkan di Stuttgart, Jerman pada 14 Julai 1995 dan telah menyertai akademi Arsenal dari kelab Jerman, VfB Stuttgart pada 2010 dengan bayaran sebanyak £100,000 ketika berusia 15 tahun. Pemain muda Jerman ini tidak mnunggu lama untuk mendapat debut dalam skuad utama The Gunners apabila diturunkan dalam perlawanan piala liga menentang Coventry City pada 26 September 2012.

Serge-Gnabry-vs-West-Brom-2012Bintang muda Jerman ini turut menjadi pemain ketiga termuda Arsenal yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas Cesc Fabregas dan Jack Wilshere apabila mendapat debut menentang Norwich City pada 20 Oktober 2012. Meskipun gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang West Brom dalam saingan Piala Capital One pada Rabu lalu namun Gnabry menebus kekecewaan itu dengan meledak gol pertamanya bersama skuad utama ketika menentang Swansea City hujung minggu lalu.

“Dia (Wenger) sungguh mengejutkan. Dia bukan sahaja memiliki bakat tetapi juga memiliki personaliti yang bagus di atas padang,” kata Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Dia tidak kelihatan takut dan bermain dengan penuh keyakinan dan bakatnya. Malangnya, dia seorang lagi pemain Jerman dan bukannya Inggeris.”

“Dia baru setahun (di sini) dan saya tidak mempercayainya. Kini saya mempunyai beberapa pemain dalam skuad yang belum dilahirkan ketika saya tiba di Arsenal,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply