[PERSPEKTIF] RAMSEY MAHU JULANG KEJUARAAN BERSAMA ARSENAL

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013Musim lalu, Aaron Ramsey dikritik hebat selepas gagal menampilkan aksi yang konsisten lantaran bergelut untuk pulih dari kecederaan serius yang dialaminya pada Februari 2010. Jaringan ketika menentang Swansea City semalam merupakan gol ke-4 buat Ramsey dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Pemain berusia 22 tahun itu kini mengungguli carta senarai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris setakat ini bersama-sama Olivier Giroud, Daniel Sturridge dan Christian Benteke.

Jaringan daripada Serge Gnabry dan Aaron Ramsey berjaya memberikan kemenangan ke-5 berturut-turut dalam saingan liga musim ini meskipun The Swans cuba bangkit menerusi jaringan Ben Davies pada minit ke-82. Kemenangan ke atas Swansea City 2-1 itu berjaya meletakkan The Gunners kini semakin selesa di persada liga dengan 15 mata selepas 6 perlawanan dengan diekori rapat oleh Tottenham Hotspurs di tempat kedua dengan 13 mata.

Pemain antarabangsa Wales itu kini tampil selaku tonggak utama The Gunners dalam usaha menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Ramsey turut mencipta peluang buat Gnabry menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Swansea City semalam. Namun, bintang muda Wales itu menegaskan keutamaannya kini adalah untuk menjulang kejuaraan bersama Arsenal.

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013“Saya merasakan selama ini dalam karier saya beraksi baik di posisi ini tetapi saya sedikit terburu-buru. Kini, saya lebih tenang dan segalanya mulai berjalan dengan baik,” kata Ramsey kepada Sky Sports.

“Saya adalah pemain yang tidak mudah menyerah dan memandang jauh sehingga ke penghujung musim. Prestasi saya semakin meningkat dan saya sudah memperlihatkan kualiti saya.”

“Itulah sasaran kami (menjulang kejuaraan liga). Kami mempunyai kualiti dalam pasukan meskipun kebelakangan ini kami mengalami gangguan ekoran masalah kecederaan tetapi kami berjaya megatasinya.”

“Semoga pemain-pemain akan cepat sembuh dan kami akan lebih menyerlah. Swansea City juga merupakan lawan sukar dan mereka menguasai perlawanan dengan baik,” kata Ramsey lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply