[PERSPEKTIF] PERPINDAHAN OZIL BERGEMA SEPERTI BERGKAMP

arsene-with-wenger-mesut-ozilArsène Wenger bersetuju bahawa perpindahan Mesut Ozil bergema sama seperti perpindahan penyerang lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp. Ketibaan playmaker Jerman itu telah berjaya mencuri perhatian umum dan mendapat liputan meluas daripada media-media khususnya di England. Mesut Ozil melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid pada jam terakhir sebelum jendela musim panas lalu ditutup dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £42.5 juta.

Ketibaan Ozil ke Emirates itu jelas mirip perpindahan The Iceman yang meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Arsenal pada 1995 – setahun sebelum Arsene Wenger dilantik sebagai pengurus The Gunners. Kehadiran Bergkamp itu turut memecahkan rekod perpindahan termahal Arsenal pada ketika itu serta berjaya memberi impak kepada skuad The Gunners. Arsenal sekali lagi mencatat sejarah dengan memecahkan rekod perpindahan termahal dengan menandatangani Ozil dari Real Madrid.

“Ini merupakan satu perbandingan (yang sesuai) kerana kedua-dua mereka beraksi di posisi yang sama dan mereka adalah nama besar yang datang dari kelab ternama,” kata Wenger kepada Arsenal Player.

Cesc-Fabregas-vs-Mesut-Ozil“Anda melihat Ozil tidah dianggap sebagai satu kegagalan di Real Madrid, dia diakui oleh seluruh dunia memiliki pencapai besar bersama Real Madrid. Jadi, sudah tentu terdapat suara yang kuat apabila kami menandatangi pemain besar seperti ini.”

“Ramai yang mempersoalkan keinginan saya untuk berbelanja mungkin kerana cita-cita itu seperti hari ini dengan menilai seberapa banyak wang yang dibelanjakan.”

“Kami (Arsenal) sangat bercita-cita besar. Kami mengharungi beberapa musim dengan sumber kewangan yang terhad dan itu tidak memalukan kerana kami telah membina sebuah stadium yang baru.”

“Kini, kami kembali dengan cita-cita seperti kelab-kelab lain,” kata pengendali berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply