[PERSPEKTIF] OZIL PERLUKAN MASA UNTUK SESUAIKAN DIRI – WENGER

Wenger-Ozil-Mertesacker-Bould-on-trainingMeskipun baru menyertai Arsenal pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu, Mesut Ozil mula memberikan impak kepada persembahan The Gunners. Perancang tengah Jerman itu berjaya menghasilkan satu assist buat Olivier Giroud ketika Arsenal cemerlang menundukan Seunderland hujung minggu lalu. Namun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan bahawa Ozil masih belum berada di prestasi terbaiknya dan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Dia (Ozil) mula menyesuaikan diri dengan baik dan diterima baik (di Arsenal),” kata Wenger kepada laman rasmi Arsenal.com.

“Saya rasa fizikal dia (Ozil) masih belum berada di tahap yang baik. Secara umumnya, kami gembira dapat memilikinya namun dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan fizikal Liga Perdana Inggeris.”

Dia (Ozil) berusia 24 tahun dan sudah memiliki 50 caps bersama Jerman. Dan apabila dia beraksi bersama skuad kebangsaan Jerman, dia bermain di bawah tekanan. Dia sudah memenangi kejuaran bersama Real Madrid, kelab yang dipenuhi dengan banyak tekanan”

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dirinya tidak mengerti dengan tindakan Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang berterusan mengkritik Ozil, bekas pemain Los Blancos yang kini menyarung jersi The Gunners. Perancang tengah Jerman itu meninggal Madrid ekoran ketibaan dua pemain baru, Isco dan Gareth Bale. Florentino Perez mendakwa Ozil tidak bersedia menghadapi tekanan dan berasing dengan pemain-pemain baru Real Madrid.

Mesut-Ozil-vs-PSG-Ogos-2013“Real Madrid memutuskan bahawa mereka harus melepaskan seorang pemain dan (Mesut) Ozil adalah pemain tersebut. Dan saya rasa dia memilih Arsenal ats banyak faktor,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

“Salah satu sebab utama adalah kerana dia sebenarnya hampir menyertai kami di sini (pada 2010) sebelum memutuskan untuk menyertai Real Madrid. Sejak itu, kami tidak putus berhubungan dan mungkin ini sudah ditakdirkan.”

“Saya mengenali dirinya dengan rapat dan saya terkejut dengan kenyataan Perez itu. Sejujurnya, saya tidak mempercayai jika Perez telah mengeluarkan kenyataan itu,” kata Wenger lagi.

Mesut Ozil kini tampil selaku pemain termahal The Gunners apabila melengkapkan perpindahan daripada Real Madrid dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai €50 juta. Perancang tengah Jerman berusia 24 tahun itu menyertai Los Blancos pada Ogos 2010 dengan melakukan 159 penampilan serta menjaringkan 27 Ogos sepanjang 3 tahun bersama Real Madrid.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply