[PERSPEKTIF] OZIL MAMPU JULANG KEJUARAAN BERSAMA ARSENAL

Mesut-Ozil-with-Robert-Pires-trainingLagenda Arsenal, Robert Pires melaungkan keyakinan bahawa kehadiran Mesut Ozil di Stadium Emirates mampu membantu The Gunners menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini sekaligus menamatkan trofi kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Perancang tengah Jerman itu menyertai Arsenal pada jam-jam terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta sekaligus muncul selaku pemain termahal The Gunners.

Bekas pemain sayap Perancis kini berada di penghujung karier selaku pemain bola sepak professional mengakui kehadiran Ozil berjaya menjadikan Arsenal lebih kuat untuk mencabar kejuaraan musim ini. Pires turut menegaskan gandingan pemain muda dan tongak berpengalaman seperti Olivier Giroud dan Aaron Ramsey bakal memberi kekuatan kepada The Gunners. Lagenda Arsenal berusia 39 tahun itu menjalani latihan bersama skuad utama The Gunners baru-baru ini.

“Segalanya tampak mustahil (untuk Arsenal menjulang kejuaraan) kerana pemain-pemain muda sudah berkembang dan memiliki pengalaman yang banyak. Mereka memberikan lebih adunan buat Wenger,” kata Pires kepada Goal.com baru-baru ini.

Mesut-Ozil-vs-PSG-Ogos-2013“Dengan Ozil berada di bahagian tengah, saya rasa ini merupakan gandingan yang sangat bagus bagi Arsenal.”

“Ozil seorang pemain yang sangat bagus. Dia beraksi bersama skuad kebangsaan Jerman dan juga pernah bermain bersama Real Madrid. Kini, dia menyarung jersi Arsenal. Dia mempunyai pengalaman yang luas dan segalanya akan menjadi mudah.”

Kehadiran Ozil berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri apabila berjaya menghasilkan 4 assist dalam 2 perlawanan liga setakat setakat ini termasuk 3 assist ketika membantu Arsenal menewaskan Stoke City 3-1 di Stadium Emirates hujung minggu lalu. Namun, Pires mengingatkan Arsenal agar meneruskan konsistensi dan memberi keutamaan kepada kejuaraan domestik dengan skuad bimbingan Arsene Wenger meniti laluan sukar dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

“Sejujurnya, Arsenal memiliki potensi untuk menjulang kejuaraan liga. Untuk Liga Juara-Juara Eropah saya tidak pasti tetapi mereka harus fokus dalam saingan Liga Perdana Inggeris kerana kejuaraan itu lebih penting bagi Arsenal dan peminat-peminat,” kata Pires lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply