[PERSPEKTIF] GIROUD MAHU MENJADI PENJARING GOL TERBANYAK

Olivier Giroud want to be top scorerMusim ini, Olivier Giroud mula membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya dengan meledak 4 gol dalam empat perlawanan sekaligus menjadi pemain ke-8 dalam Liga Perdana Inggeris yang berjaya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan pertama liga. Penyerang antarabangsa Perancis itu dikritik hebat selepas sekadar menjaringkan 15 gol dalam 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu. Giroud kini mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 4 gol bersama-sama penyerang Aston Villa, Christian Benteke.

Olivier Giroud melengkapkan perpindahan ke Arsenal pada musim panas 2012 dengan yuran perpindahan sebanyak £11 juta dari kelab Ligue 1, Montpellier. Penyerang yang berketinggian 1.92m itu pernah muncul penjaring terbanyak dalam Ligue 1 dengan menjaringkan 21 gol dalam 36 perlawanan bagi musim 2011/12. Kini, Giroud mensasarkan untuk menjadi penjaring terbanyak pada penghujung musim ini dengan dibantu kehadiran ‘King of Assist’, Mesut Ozil.

“Saya pastinya mempunyai peluang. Saya berada di tahap terbaik dengan rakan-rakan sepasukan membuka peluang untuk saya dan saya mungkin akan mememenangi gelaran penjaring terbanyak,” kata penyerang berusia 26 tahun itu.

“Ini merupakan sesuatu yang saya ingin capai ketika saya menyertai Arsenal. Sekarang kami sudah mempunyai Mesut Ozil, (peluang) ini akan lebih cerah.”

Terdahulu, The Gunners dihimpit kebimbangan selepas Olivier Giroud terpaksa diusung keluar ketika perlawanan menentang Sunderland hujung minggu lalu. Terdahulu, Arsenal kehilangan Lukas Podolski dan Yaya Sanogo yang dihimpit masalah kecederaan. Namun, penyerang antarabangsa Perancis itu memaklumkan bahawa kecederaan lutut yang dialaminya tidak serius dan sedia untuk beraksi menentang Marseille awal pagi Khamis nanti.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply