[PERSPEKTIF] FLAMINI SAMA PENTING SEPERTI MESUT OZIL – SMITH

Arsenal squad training 2013Lagenda Arsenal, Alan Smith menegaskan bahawa kepulangan semula Mathieu Flamini sama penting dengan kejayaan menandatangani perancang tengah Jerman, Mesut Ozil. Bekas pemain The Gunners itu mengakui bahawa Flamini bakal memberikan lebih kestabilan kepada pasukan Arsenal sekaligus membantu menjulang kejuaraan pertama sejak kali terakhir pada 2005. Pemain tengah Perancis itu menyertai Arsenal secara percuma selepas kontraknya bersama AC Milan berakhir pada Jun lalu.

Dalam perlawanan menentang Stoke City hujung minggu lalu, Mathieu Flamini telah dipilih selaku Pemain Terbaik Perlawanan selepas cemerlang membantu Arsenal mencatatkan kemenangan 3-1 di Stadium Emirates. Alan Smith percaya kepulangan pemain tengah berusia 29 tahun pada Ogos lalu bakal membantu mengukuhkan bahagian pertahanan The Gunners dengan kelebihan yang pengalaman yang dimilikinya.

“Dia (Flamini) tidak bernilai¬†¬£42 juta, dia tidah mengubah perlawanan dengan sentuhan yang mengelirukan di atas padang dan tiada sekelumit penyokong yang berkumpul di luar Stadium Emirates dengan memakai jersi dengan namanya,” kata Smith kepada The Telegraph.

“Walau bagaimanapun, Mathieu Flamini juga merupakan seorang pemain yang berharga dalam pasukan ketika ini sama seperti Mesut Ozil, bintang yang ditandatangani dengan berjaya memberi keceriaan di London N5”

“Ya, Ozil berjaya membantu dalam ketiga-tiga gol ketika menentang Stoke City dengan sepakan penjuru serta set-piece yang tepat. Itu terlalu mudah untuk orang memuja bakatnya dan lebih banyak yang bakal menyusul daripada pemain muda Jerman itu.”

“Tetapi dalam bola sepak keseimbangan dan kontra sangat penting termasuk kerja-kerja kotor dalam usaha untuk menjulang kejuaraan. Pada penghargaan ini, Flamini sangat sesuai dengan corak permainan kerasnya yang tidak mempunyak corak atau gaya yang tersendiri.”

“Anda boleh lihat daripada bahasa badannya – pemain kelahiran Perancis itu sangat menyukai tugasan yang diberikan kepadanya kini, sesuatu yang diperlukan di hadapan back four. Dia meletakkan satu atau dua kaki, menyekat larian pemain lawan dan melakukan tugas-tugas bertahan.”

“Flamini adalah pemain jenis ‘sleeves-rolled-up’, pemain yang tidak berhenti berlari atau berkata-kata. Kelebihannya dalam menguruskan pasukan sangat diperlukan dalam skuad The Gunners ketika ini di mana tiada pemain yang bersuara ketika di atas padang,” kata Smith lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply