[PERPINDAHAN] SEMI AJAYI SAH SERTAI ARSENAL

semi-ajayi-charlton-ajayiMeskipun jendela perpindahan musim panas ini sudah ditutup secara rasmi pada 2 September lalu namun Arsenal masih berjaya menandatangani seorang lagi pemain pertahanan muda bagi mengukuhkan skuad. Pemain pertahanan berusia 19 tahun itu telah cemerlang menjalani ujian percubaan bersama Arsenal di London Colney sebelum menandatangai kontrak professional bersama akademi The Gunners pada 17 September yang lalu.

Semi Ajayi merupakan pemain berketurunan Nigeria yang dilahirkan di Crayford, England namun pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Nigeria B-21. Pertahanan muda itu memulakan karier awal bersama Charlton Athletic pada 2003 dan merupakan rakan sepelatih kepada Carl Jenkinson. Pemain yang memiliki ketinggian 1.93m ini telah menolak tawaran daripada Norwich City untuk menyertai Arsenal secara percuma selepas kontraknya bersama Charlton Athletic berakhir pada Julai lalu.

Tambahan pula, pertahanan berusia 19 tahun ini sememangnya merupakan penyokong setia The Gunners dengan menjadikan dua lagenda Arsenal, Tony Adams dan Lee Dixon sebagai idolanya. Namun, pengurusan Arsenal belum bersedia untuk mengumumkan Semi Ajayi selaku pemain baru The Gunners meskipun pertahanan Inggeris-Nigeria itu telah mendedahkan menerusi rangkaian laman sosial.

Menerusi akaun twitter peribadinya, Ajayi tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas bergabung bersama Arsenal dengan menulis ; “Gembira dapat mengumumkan bahawa saya kini secara rasmi menandatangani (kontrak) untuk Arsenal. Tidak sabar untuk menantikan apa yang berlaku pada dua musim akan datang untuk saya terus berada di sini.”

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply