[PERPINDAHAN] MESUT OZIL SAH MILIK ARSENAL

Mesut+Ozil+vs+Olympique+Lyonnais+2013Bintang antarabangsa Jerman, Mesut Ozil melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan menandatangani kontrak jangka masa panjang. Pemain attacking midfielder berusia 24 tahun itu turut memecahkan rekod perpindahan tertinggi milik Andrey Arshavin dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta. Ketibaan Mesut Ozil disambut gembira oleh pengurusan dan penyokong-penyokong Arsenal.

Anak kelahiran Gelsenkirchen memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Rot-Weiss Essen pada 2000 selama 5 tahun sebelum menyertai Schalke 04 ketika berusia 17 tahun. Ozil kemudiannya berhijrah ke Werder Bremen pada 31 Januari 2008 dengan yuran perpindahan bernilai €4.3 juta. Bersama Bremen, pemain midfielder kreatif itu telah melakukan 108 penampilan serta menjulang satu kejuaraan Piala DFB pada 2008/09.

Kecemerlangan Ozil bersama skuad kebangsaan Jerman pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 menyaksikan Real Madrid menandatangani pemain berdarah Jerman-Turki itu pada 17 Ogos 2010 dengan yuran perpindahan sebanyak £16 juta. Sepanjang 3 tahun bersama Los Blancos, pemain berusia 23 tahun itu telah melakukan 159 penampilan dengan membantu menjulang kejuaraan La Liga (2011/12), Copa del Rey (2010/11) dan Supercopa de Espana (2012).

Sementara itu, Mesut Ozil turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan dan penyokong Real Madrid atas sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang 3 tahun di Santiago Bernabeu menerusi akaun laman sosialnya. Ozil juga mengakui dirinya sudah tidak sabar beraksi bersama Arsenal sekaligus membantu menamatkan kemarau kejuaraan The Gunners sejak 8 musim yang lalu.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda semua sepanjang 3 tahun yang hebat di sini. Masa saya bersama Real Madrid sangat unik dan istimewa. Saya membina karier saya dengan cara yang istimewa. Dan seperti yang saya jangka bahawa saya akan meninggalkan Real Madrid dan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan untuk masa akan datang. Kini, saya mahu melihat ke hadapan bersama kelab baru, The Gunners,” kata Ozil menerusi akaun rasmi facebooknya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply