[PERSPEKTIF] MESUT OZIL MILIKI BAKAT YANG ISTIMEWA – RAMSEY

Mesut-Ozil-vs-Sunderland-2013Aaron Ramsey mengakui bahawa akhirnya dirinya dapat melihat bakat luar biasa yang dimiliki oleh Mesut Ozil ketika membantu Arsenal menewaskan Sunderland 3-1 di Stadium of Light kelmarin. Ozil berjaya menghasilkan satu assist buat Giroud meledak gol pendahuluan The Gunners serta mencipta beberapa gerakan berbahaya buat rakan-rakan sepasukan. Pemain antarabangsa Jerman berusia 24 tahun itu menjadi tumpuan media apabila muncul selaku pemain termahal Arsenal.

“Saya rasa dia (Ozil) menunjukan bagaimana cara dia melakukan hantaran. Dia seorang pemain yang hebat dan sangat bijak. Dia mencipta banyak peluang kepada kami,” kata Ramsey kepada Arsenal.com.

“Dia seorang pemain kidal yang luar biasa. Dia mengawal bola dengan baik dan melakukan hantaran sempurna kepada rakan-rakan sepasukan.”

Sementara itu, Ramsey turut melahirkan rasa gembira selepas berjaya kembali ke prestasi terbaiknya. Pemain antarabangsa Wales itu turut menjaringkan dua gol ketika membantu Arsenal mencatatkan kemenangan 3-1 sekaligus meletakkan skuad bimbingan Arsene Wenger gah di persada Liga dengan 9 mata. Ramsey juga turut dipilih selaku pemain terbaik dalam perlawanan menentang Sunderland itu.

“Kami melepaskan gol pada awal separuh masa kedua disusuli dengan sorakan penyokong lawan. Mereka meletakkan kami dalam tekanan dengan hantaran silang. Tetapi kami bersabar dan berjaya menjaringkan gol. Kami berhak dengan kemenangan itu,” kata Ramsey lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply