[LIGA MALAYSIA] PABLO AIMAR SAH SERTAI JDT

Pablo-Aimar-sertai-JDTBekas penyerang antarabangsa Argentina, Pablo Aimar menolak lamaran kelab Dubai, Al-Ahli untuk menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama pasukan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT). Pemain berusia 34 tahun itu diperkenalkan secara rasmi kepada peminat-peminat skuad Harimau Selatan dalam satu majlis di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, semalam.

Namun, jumlah sebenar bayaran yang diterima oleh bekas pemain Benfica itu tidak didedahkan tetapi dianggarkan menerima kontrak bernilai RM6.1 juta dengan gaji RM500,000 sebulan sekaligus meletakkan Aimar selaku pemain bola sepak termahal dalam liga Malaysia. Aimar mengikat kontrak selama lima tahun iaitu dua tahun sebagai pemain di mana akan mula beraksi pada saingan Liga Malaysia musim depan manakala khidmatnya untuk baki tiga tahun lagi digunakan bagi pembangunan bola sepak negeri Johor.

Pablo Aimar dilahirkan di Rio Cuarto, Argentina dan memulakan karier awal bersama River Plate pada 1997. Pemain attacking midfielder itu pernah beraksi bersama River Plate, Valencia, Real Zaragoza dan Benfica sebelum menyertai JDT. Pemain bertubuh kecil ini turut memiliki 52 caps bersama Argentina dengan menjaringkan 8 gol. Aimar gembira dengan perpindahannya dan mahu membuat persediaan untuk membiasakan diri dengan keadaan di Malaysia.

“Saya gembira dapat bersama dengan pasukan ini dan berjanji memberikan yang terbaik dan berkongsi segala pengalaman yang ada bersama rakan lain sekali gus berusaha bersama untuk melakar kejayaan,” kata Aimar pada sidang akhbar semalam.

Dalam usaha membina pasukan mantap musim depan, Johor Darul Takzim sebelum ini sudah mengikat bekas penyerang Atletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez dan bekas jurulatih Valencia, Cesar Ferrando Jimenez. Selain Aimar dan Rodriguez, skuad Harimau Selatan bakal diperkuatkan dengan kehadiran tonggak Lions XII, Hariss Harun. Selain itu, Aimar pernah beraksi di Malaysia bersama skuad remaja Argentina pada kejohanan Piala Remaja Dunia FIFA 1997.

Menurut Aimar lagi, dia juga bakal terlibat dalam pembangunan bola sepak di negeri ini terutama dalam membantu mencari serta melahirkan pemain muda berbakat selain berkongsi pengalaman dan kemahirannya dengan mereka. Sementara itu, Tunku Ismail menyifatkan pembelian Aimar itu sebagai satu pelaburan yang baik terutama dalam usaha memantapkan pasukan untuk musim akan datang kerana dia merupakan seorang pemain berkaliber.

“Ia merupakan satu penghormatan apabila pemain ternama seperti Aimar memilih untuk bermain di sini. Dengan perkembangan ini saya berjanji peminat bakal menyaksikan aksi menarik bola sepak daripada Johor Darul Takzim musim depan,” kata Tunku Ismail yang juga merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Incoming search terms:

  • gaji pemain bola sepak malaysia
  • GAJI PEMAIN JDT
  • gaji pemain bola sepak malaysia termahal
  • gaji pemain bola malaysia
  • gaji pablo aimar jdt
  • gaji pemain bola sepak jdt
  • senarai gaji pemain jdt
  • gaji pablo aimar
  • gaji pablo aimar di jdt
  • gaji pemain bola malaysia termahal
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply