[KOMENTAR] AARON RAMSEY BAGAIKAN VIEIRA BARU – REDKNAPP

Aaron-Ramsey-vs-Newcastle-United-2013Sememangnya Patrick Vieira merupakan antara lagenda The Gunners yang pernah membantu menjulang pelbagai kejuaraan manakala Aaron Ramsey pula merupakan bintang baru Arsenal dalam pembikinan. Persembahan bertenaga yang dipamerkan oleh Ramsey musim ini berjaya membantu Arsenal menduduki persada Liga Perdana Inggeris selepas 6 perlawanan. Pemain antarabangsa Wales itu berjaya menjaringkan 8 gol dan 2 assist dalam 9 perlawanan musim ini.

Aaron Ramsey menyertai The Gunners dari kelab Wales, Cardiff City pada 13 Jun 2008 dan tidak menunggu lama untuk diserap ke dalam skuad utama pada 13 Ogos 2008 menentang FC Twente dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Namun, episod kecederaan serius yang menimpanya apabila patah tulang tibia dan fibula akibat diterjah oleh Ryan Shawcross pada 20 Februari 2010 menyaksikan pemain berusia 22 tahun terpaksa berehat panjang hampir 10 bulan dan bergelut untuk mendapatkan kembali prestasi terbaiknya.

Kini, Ramsey kembali membuktikan kemampuannya dengan menjadi tonggak utama Arsenal musim ini. Statistik menunjukan bahawa Ramsey turut berpengaruh di tengah pada dengan melakukan 89% hantaran sempurna (344 hantaran) atau 0.89 hantaran setiap minit serta melakukan 5.4 terjahan sempurna secara purata setiap perlawanan. Lantaran itu, bekas pemain Tottenham Hotspurs dan Liverpool yang kini bertugas sebagai pengulas di Sky Sports, Jamie Redknapp mengakui bahawa Ramsey bagaikan jelmaan Patrick Vieira.

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013“Dia (Ramsey) tampil cukup luar biasa hari ini (menentang Swansea) terutama pada separuh masa kedua. Dia bermain dengan keyakinan diri yang tinggi,” kata Jamie Redknapp.

“Tahun lalu, ketika dia berada di kawasan itu di mana dia diberi tugas untuk mengemudi ke hadapan. Saya benar-benar meraguinya. Dia mungkin sekadar selaku pemain gantian sahaja.”

“Tahun ini dia membuktikannya. Dia sentiasa mahu menguasai bola dan saya rasa dia akan menjadi tonggak utama dalam setiap perlawanan. Dan dia merupakan pemain yang sangat diperlukan oleh mana-mana pasukan.”

“Itulah apa yang saya lihat kepada Ramsey sekarang. Sememangnya masih terlalu awal untuk menilainya kerana saingan baru memasuki perlawanan ketujuh tetapi saya melihat dia seorang pemain muda yang sedang meningkat naik,” kata Jamie Redknapp lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply