[KOMENTAR] PEMBELIAN OZIL MASIH BELUM MENCUKUPI – GRAHAM

george-graham-ex-arsenal-managerMeskipun pembelian Mesut Özil berjaya mengembirakan ramai penyokong-penyokong The Gunners namun tidak bagi lagenda Arsenal, George Graham. Bekas pemain dan pengurus Arsenal itu berpendapat bahawa pembelian Ozil dengan memecahkan rekod yuran perpindahan termahal The Gunners sebanyak £42.5 juta masih belum cukup untuk membantu Arsene Wenger menjulang trofi sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

Perancang tengah Jerman itu mencuri tumpuan media dan peminat bola sepak apabila melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Real Madrid pada jam-jam terakhir sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup. Ozil juga turut cemerlang ketika melakukan debut bersama Arsenal ketika menentang Sunderland hujung minggu lalu dengan menghasilkan satu assist buat Giroud menjaringkan gol. Namun, Graham berpendapat bahawa masih terdapat beberapa kelemahan dalam skuad bimbingan Arsene Wenger.

Arsenal+v+Southampton++Premier+League“Saya terkejut Arsenal tidak membeli beberapa pemain lagi. Mereka memerlukan seorang penyerang tengah. Jika mereka mahu menjulang kejuaraan, mereka memerlukan seseorang yang boleh menjaringkan 20 gol dalam liga dan bukannya 20 gol dalam semua kejohanan (semusim),” kata  Graham kepada Daily Star.

“Mereka (Arsenal) juga memerlukan seorang penjaga gol yang berpengalaman. Penjaga gol ketika ini – Wojciech Szczesny masih dalam proses pembelajaran.”

“Dan sebahagian pasukan yang menjulang kejuaraan liga sebelum ini mempunyai tonggak bek tengah yang mantap seperti Nemanja Vidic di Manchester United dan Vincent Kompany bersama Manchester City,” tambah lagenda Arsenal berusia 68 tahun itu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply